TERINGIN sangat nak makan ayam tiga budak gemuk yang fabulous! Sememangnya menu hot itu menjadi juadah wajib apabila datang Kuala Lumpur.

Tetapi apakan daya, pada ketika ini kita perlu patuhi perintah kawalan pergerakan (PKP) demi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Jangan bimbang, Sinar Plus kongsikan resipi mudah yang disediakan oleh @dapurfaafeefoo untuk peminat juadah itu sediakan sendiri di rumah bagi mereka yang mengidam.

3 budak gemuk

Nah! Ayam masak kicap yang pekat, pedas dan lazat itu pastinya mudah disediakan dengan sambal gesek dan ulam. Min suka gandingkan dengan timun Jepun. Walahhhh rasanya!

Bahan-bahanya:

  • 1 ekor ayam (cuci bersih, toskan air.)
  • garam secukup rasa
  • serbuk kunyit secukupnya
  • 2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • minyak masak secukupnya
  • 1 cawan daun kari
  • sedikit air
  • 1 sudu rempah kari ayam daging
  • 1 sup bunjut
  • kicap manis secukup rasa
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 asam keping

3 budak gemuk

Cara:
– Gaul ayam dengan serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Habiskan goreng ayam.
– Buang sedikit minyak goreng ayam tadi. Baki minyak panaskan semula. Kisar bawang dan halia dengan sedikit air.
– Masukkan daun kari ke dalam minyak yang dipanaskan tadi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga garing.

– Masukkan sup bunjut dan serbuk kari. Kacau hingga garing dan tambah air serta asam keping.
– Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sampai mendidih sebelum masukkan ayam goreng.

– Kacau sampai semua masak sebati. Siap untuk dihidang!

 

Iklan

Resipi Sambal Belacan Gesek
Bahan:
-10 ke 15 biji cili api merah
-6 ke 8 biji cili api hijau
-1 labu bawang besar
-3 ulas bwang putih
-garam secukup rasa
-1/2 sudu gula
-1 sudu belacan
-jus limau secukup rasa
-sedikit minyak

3 budak gemuk

Cara:
– Hiris semua bawang dan semua cili api. Panaskan minyak. Goreng semua bahan sehingga layu. Angkat, toskan minyak dan masukkan ke dalam lesung batu.
– Tambah gula, garam dan belacan. Tumbuk hingga separuh lumat. Masukkan jus limau. Kacau rata.
– Panaskan 2 sudu minyak tadi, tumis semula bahan tumbuk dalam 5 minit.

Iklan

Kredit Resepi : Dapurfaafeefoo