ANAK-ANAK muda biasanya memang gemar dengan masakan Barat seperti pasta ataupun stik.

Kalau pada Isnin lepas, SinarPlus kongsikan menu lokal, kali ini kita nak berubah angin sedikit dengan sajian ala Barat. Sesekali, rasanya ok kan?

Kami tertarik dengan resipi Chili Cream Seafood Pasta yang dikongsikan di laman Instagram @resipi_viralmasakan.

Baca juga Ingin nikmati hidangan Ratu Elizabeth II? Ini resipi dinamakan ‘Ayam Pertabalan’ yang boleh dicuba

Bukan apa, sekali pandang sahaja, sudah nampak menggiurkan. Okey, tidak mahu cerita panjang, kami kongsikan bahan-bahan dan cara bagaimana untuk membuatnya.

BAHAN-BAHAN

Spageti
Bawang putih
Mentega
Cili merah
Cili padi (pilihan)
Udang
Krim masak (cooking cream)
Keju
Serbuk paprika (pilihan)

Cara penyediaan:
1. Hiris seulas bawang putih secara halus.
2. Panaskan kuali. Kemudian, masukkan mentega, hirisan bawang putih dan udang.
3. Setelah udang masak, asingkan ke dalam mangkuk.
4. Selepas itu, kisar halus cili merah dan bawang putih bersama krim masak.
5. Didihkan air di dalam periuk. Rebus spageti sehingga lembut, angkat dan toskan.
6. Kemudian, masukkan mentega, bahan kisar, krim masak dan keju ke dalam kuali yang telah dipanaskan.
7. Masukkan pula serbuk paprika, spageti dan udang tadi ke dalam kuah yang telah mendidih. Kacau rata.
8. Sedia untuk dihidang dan dinikmati!

Kalau mahu diikutkan, senarai ramuan yang dicadangkan tidaklah terlalu sukar nak dicari.

Baca juga Bakar kambing perap dalam buluh, resipi istimewa dua beradik jadi sensasi di Kedah buat ramai sanggup beratur panjang

Cuma, apa yang SinarPlus boleh katakan, kalau nak buat resipi Barat, kosnya agak tinggilah sedikit.

Namun, kalau sekali-sekala nak belanja diri sendiri atau keluarga, apa salahnya kan?

Sebelum mengakhiri artikel ini, SinarPlus sebelum ini ada ditanya apa teknik untuk merebus spageti dengan baik?

Tidak mahu mengecewakan semua, berikut tip yang kami petik daripada artikel yang disiarkan oleh Eat This dan Insider.

Iklan

1. Pastikan air mendidih Lihat

-Sebelum memasukkan spageti, air untuk merebus harus benar-benar mendidih.

2. Kacau berterusan selama dua minit

-Jika spageti tidak diaduk secara terus-menerus, ia memang akan melekat. Jadi kita kena sering kacau.

3. Jangan letak minyak ke spageti

Iklan

-Meletak minyak setelah merebus akan membuatkan spageti tidak terlalu melekat, tetapi akan jadi sangat licin. Namun, jika anda bercadang untuk makan spageti dengan mentega atau hanya dengan minyak zaitun, tambahkan minyak ke air mendidih saat merebusnya.

4. Bilas spageti yang sudah masak dengan air

-Cara ini dapat menghilangkan ‘pati’ yang menjadi penyebab pasta melekat.

5. Pastikan jumlah air cukup untuk merebus

-Ratio yang terbaik adalah 4 liter air dengan 450 gram spageti. Jika anda memasak dengan periuk kecil, memang kena lebihkan sedikit air.

Jangan lupa follow kami di Instagram!