Resipi daripada roti yang mudah dan sedap!

April 6, 2020
Oleh Arziana Mohmad Azaman

SEWAKTU musim kawalan pergerakan ni, roti asyik habis je, bukan? Pasaraya sekarang ni pun hadkan satu bungkus pembelian sahaja untuk setiap keluarga.

Sekarang viral pelbagai resipi yang boleh dibuat dengan roti, cukup mudah dan enak dimakan seisi keluarga.


Jadi, sekarang dah tak bosanlah makan roti putih sebab anda boleh buat resipi seperti ini:

lagsana

  1. Lagsana roti

Bahan-bahan:

  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 tube daging cincang
  • 1 genggam mixed vegie
  • sos cili dan sos tomato
  • garam dan lada hitam
  • roti
  • telur
  • susu
  • mozarella cheese

Cara-cara penyediaan:

Iklan

  • Masak inti dahulu kemudian tumis bawang. Masukkan daging biar sehingga empuk.
  • Masukkan sos cili dan sos tomato, sedikit garam, lada hitam dan mixed vegie.
  • Masak sehingga kering sedikit.
  • Sekarang anda siapkan bahan roti pula. Pukul telur bersama dengan susu.
  • Kemudian celupkan roti di dalam bancuhan tadi. Letak inti yang dah masak kemudian tabur mozarella cheese dan buat dua lapisan roti.
  • Akhir sekali, bakar suhu 180c sehingga garing.

cucur roti

  1. Cucur roti

Bahan-bahan:

  • Roti putih (potong dadu)
  • 2 biji bawang merah (potong dadu)
  • 1 biji cili merah (potong dadu)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 tangkai daun sup dan bawang (dihiris halus)
  • sedikit ikan bilis (ditumbuk)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • garam
  • sedikit air

Cara-cara penyediaan:

Iklan

  • Gaul kesemua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit, jangan terlalu banyak sebab nanti gaulan tadi cair pula.
  • Panaskan minyak dan buat bentuk bulat kemudian goreng dengan api sederhana.
  • Terbalikkan cucur tersebut dan biarkan seketika, angkat dan siap untuk dihidang.

jejari roti

  1. Jejari roti

Bahan-bahan:

  • 24 keping tepi roti yang berwarna coklat (dipotong daripada 6 keping roti)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar
  • Garam
  • Gula halus
  • Mentega atau marjerin untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  • Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk dan pukul sehingga biar sebati.
  • Panaskan dua sudu besar mentega dan celup roti ke dalam campuran telur tadi kemudian goreng sehingga keperang-perangan. Apabila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti.
  • Digalakkan dimakan semasa panas-panas.

bingka jagung

  1. Bingka roti jagung

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 150 gram gula kastor
  • 100 gram mentega, dicairkan
  • 1/2 sudu garam
  • 300 gram roti putih (didadu)
  • 200 gram tepung gandum
  • 1 liter santan (atau 500 ml santan + 500 ml susu cair)
  • 200 gram jangung krim dalam tin

Cara-cara penyediaan:

  • Dalam satu bekas anda campurkan telur dan gula kemudian kacau sehingga larut. Seterusnya tambah mentega, tepung dan garam kemudian kacau rata. Tuang santan ke dalam bekas dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan roti tadi dan biar tenggelam selama 15 – 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau sehingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
  • Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong. Siap!

Bahan utama yang digunakan cuma roti sahaja, mudahkan? Selamat mencuba!

Iklan

About Arziana Mohmad Azaman