KUIH tiram atau lidah buaya disebut begitu kerana bentuknya yang berlapis macam lidah, tebal tapi rangup. Ada salutan gula halus diluarnya pula. Kalau tak manis tak sedap. Namun kena berhati-hati sesiapa yang ada penyakit berkaitan, berpadalah makan kuih tiram ini terutamanya ketika hari raya.

Ini resipi mudah yang anda boleh buat di rumah. Jom kita cuba!

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 3 sudu besar marjerin
  • 4 cawan tepung gandum
  • Air garam secukupnya
  • Sedikit minyak masak untuk gam
  • Telur

Cara-cara membuat kuih tiram:

1) Mula-mula, masukkan tepung gandum, marjerin, telur dan air garam ke dalam sebuah bekas. Lalu ulikan kesemua bahan sehingga menjadi doh.

2) Kemudian, bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canaikan nipis.

3) Selepas itu, campurkan tepung ubi dengan sedikit minyak masak lalu sapukan diatas adunan tadi.

4) Seterusnya, gulung adunan dan dipotong menyerong. Canaikan nipis sekali lagi.

Iklan

5) Akhir sekali, gorengkan kuih pada api sederhana sehingga kekuningan.

6) Sejukkan dulu kuih tiram sebelum taburkan dengan serbuk gula.

Iklan

Dah siap! Bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: FACEBOOK