KUIH mochi yang berasal dari Jepun merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung pulut yang memberikan tekstur kulit mochi kenyal dan intinya boleh dipelbagai mengikut cita rasa anda.

Kuih mochi ini ditumbuk sehingga lembut dan likat lalu dibentuk menjadi bulat.

Di Jepun, kuih ini adalah merupakan kuih tradisional dan dihidangkan sewaktu perayaan tahun baru Jepun dan perayaan tradisional mochitsuki.

Kuih mochi ini mempunyai warna-warna yang menarik dan berinti manis serta digemari oleh rakyat Malaysia. Jom kita cuba!

adunan
MASUKKAN air, tepung pulut, gula dan pewarna ke dalam bekas besar kemudian gaul bahan-bahan tersebut.

Bahan-bahan:

Iklan
  • Satu setengah cawan tepung pulut
  • Setengah cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan gula
  • Satu cawan air
  • Sedikit pewarna pilihan
  • Inti kacang merah/Inti coklat/ Inti Nutella
bentuk bulat
JIKA mahu kuih mochi warna warni, asingkan adunan kuih mochi kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna pilihan.

Cara penyediaan:

  • Masukkan air, tepung pulut, gula dan pewarna ke dalam bekas besar. Kemudian gaul bahan-bahan tersebut dan dimasukkan ke dalam microwave selama 2 minit sehingga tepung pulut tadi menjadi warna kekuningan.
  • Selepas itu, gaul adunan tadi sehingga kental.
  • Jika nak buat kuih mochi warna warni, asingkan adunan kuih mochi kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna pilihan.
  • Taburkan tepung jagung pada dulang serta letakkan adunan mochi di atasnya. Tarik atau potong adunan kuih mochi serta leperkan di atas tangan untuk masukkan inti kacang merah di tengah, kemudian tutup bahagian yang terbuka, gentel menjadi bentuk bulat.
  • Lakukan langkah tu hingga adunan mochi habis terbentuk semua.
  • Siapkan Snow Sugar atau tepung jagung kemudian golekkan di atas mochi tu dan mochi tadi dah boleh dimakan.

Jika anda nak lebih sedap, sejukkan terlebih dahulu dan makan ketika sejuk. Cara nak buat mochi Jepun ni mudah je, bukan? Selamat mencuba!

Iklan

Sumber: Fb resepimasakanlengkap, cararesepi
Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif