JUADAH agar-agar laici yang sedap dan menyegarkan sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut selepas berbuka.

Lebih sedap jika dimakan semasa sejuk. Cara nak buat resipi ini memang senang sangat. Sama seperti agar-agar yang lain. Cuma dengan tambahan laici, agar-agar ini jadi lebih sedap dan menyelerakan.

Jom kita cuba resipi ni.

Bahan-bahan:

  • 10 gm serbuk agar-agar (1 paket)
  • 3 cawan air (750ml)
  • 1 tin laici (565ml) (kisar kasar)
  • 3/4 cawan gula (150g) (boleh adjust ikut selera)
  • 1 tin susu cair (400ml)

Cara-cara membuat agar-agar laici:

1)Kisar laici bersama airnya sebentar. Jangan terlalu hancur. Ketepikan.

2)Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Masak sehingga serbuk agar-agar hancur.

3)Kemudian masukkan gula. Kacau sehingga gula hancur dan biarkan air mendidih.

Iklan

4)Tambahkan pula susu cair dan air laici yang telah dikisar tadi. Sentiasa kacau sehingga sedikit pekat.

5)Tuang ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.

6)Masukkan ke dalam peti ais sehingga keras dan sedia untuk dihidangkan.

Iklan

Mudah je kan? Haa untuk hiasan di atas puding, anda boleh gunakan buah-buahan apa sahaja yang anda nak letak. Jadi selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: FACEBOOK