Resipi sup tulang berempah buat ramai tak boleh move on, memang berselera buat lauk sahur

PEJAM celik, pejam celik, tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan.

Sudah tentunya sebagai mak-mak, dah ready dengan senarai menu ringkas, tapi menyelerakan buat suami dan anak-anak.

Part sahur terutamanya, memang agak payah sikit nak pujuk si kecil untuk jamah nasi, waima roti sekali pun.

Rasanya resipi Sup Tulang Berempah Tak Boleh Move On yang dikongsikan Zana Mokhtar di Facebook boleh membangkitkan selera mereka.

sup tulang

Kalau makan dengan bihun pun katanya, memang terangkat habis.

Beza dengan resipi orang lain, Zana atau mesra disapa dengan Kekna tidak menumis langsung bahan dan cara masakan memang tak renyah.

Berikut resipi ringkas yang dikongsikan:

Bahan-bahan
Tulang daging
Halia
Serai
Lada hitam [BELI DI SINI]

sup tulangSup bunjut tulang [BELI DI SINI]
3 sudu besar rempah sup [BELI DI SINI]
1 sudu besar rempah kurma [BELI DI SINI]
Batang saderi

sup tulangUbi kentang
Lobak
Limau nipis
Daun sup (sebagai hiasan)

Baca juga Hampir 5,000 shares, wanita kongsi resipi sup Wantan halal, homemade, mengiurkan

sup tulangDaun bawang (sebagai hiasan)
Bawang goreng (sebagai hiasan) [BELI DI SINI]

Cara penyediaan:
1. Rendam dulu tulang daging dengan tepung untuk elak bau hamis dan cuci hingga bersih.
2. Kemudian rebus sehingga daging lembut.

sup tulang3. Masukkan serai, halia dan sup bunjut sekali.

Iklan

Baca juga Hanya guna 5 bahan, ini resipi sambal ayam penyet ‘terpaling’ senang & sedap

sup tulang4. Biarkan sampai empuk daging sebelum masukkan rempah sup dan rempah kurma.
5. Biarkan sebati sebelum masukkan kentang dan lobak.

sup tulang6. Kemudian, bubuh lada hitam, perahan limau nipis dan garam.
7. Akhir sekali, masukkan batang saderi. Biarkan sekejap sebelum dihidangkan.
8. Tabur hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
9. Boleh tambah sambal kicap pedas dalam sup.

Baca juga Masak Bingka Pandan lebih mudah, cepat guna air fryer, tak perlu oven

Memang mudah disediakan untuk juadah sahur atau berbuka.

Iklan

sup tulang

Kalau masak lebih, bolehlah masukkan dalam fridge dan panaskan kemudian untuk menu hari berikutnya.

Sup Tulang Berempah Tak Boleh Move On pun sedap dimakan dengan roti Arab atau bihun. Memang marvellous! Cubalah!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, InstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.