KEUNIKAN sajian warisan tradisional berusia lebih 100 tahun yang ditonjolkan sempena Bufet Ramadan Citarasa Nipah 2022 EQ Kuala Lumpur memang lain daripada lain.

Menurut Cef Eksekutif EQ Kuala Lumpur, Frederico Michieletto, pihaknya menampilkan hampir 130 menu autentik rakyat Malaysia yang dihasilkan Chef de Cuisine, Cef Ali Tuwin dan pasukannya pada tahun ini.

“Resipi tradisional lebih seabad dipersembahkan dalam gastronomi warisan ini demi membolehkan tetamu menikmati hidangan lazat bersama keluarga,” katanya.

Bufet Ramadan Citarasa Nipah 2022 EQ Kuala Lumpur

Justeru, jangan lepaskan peluang merasai masakan seperti Rendang Daging Lebaran, Siakap Tiga Rasa Nusantara, Serawa Durian Selera Timur.

Kambing Masak Beriani sentuhan Cef Ali juga wajib dicuba kerana setiap hirisan daging begitu lembut dan berjus.

Baca juga Kambing panggang dengan sensasi rempah terpilih, kulinari enak Warisan Bonda Mardhiyyah Hotel & Suites jadi tumpuan bulan Ramadan

Lengkapkan menu itu dengan padanan nasi beriani dan sayur dal.

Bufet Ramadan Citarasa Nipah 2022 EQ Kuala Lumpur

Iklan

SinarPlus juga menyarankan pelanggan untuk mencuba Ayam Goreng Mamu, Gulai Daging Masak Lemak Cili Padi, Udang Gulai Nyonya dan Asam Pedas Ikan Tenggiri dan kambing golek.

Jika anda seorang peminat makanan laut segar, pihak hotel membariskan seleksi tiram, kerang, udang, kekapis dan banyak lagi.

Baca juga Konsep mangkuk tingkat jadi tarikan unik Bufet Ramadan Aneka Selera Desa Restoran Riverside WTCKL, pengunjung boleh bawa pulang juadah bersahur

Iklan

Sebelum terlupa, sate yang penuh aroma juga disediakan.

Bufet Ramadan Citarasa Nipah 2022 EQ Kuala Lumpur

Citarasa Nipah EQ Kuala Lumpur

  • Alamat: Equatorial Plaza, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
  • Waktu: 6.30 petang hingga 10.30 malam
  • Tarikh: 3 April hingga 1 Mei 2022
  • Menu signatur: Kambing Masak Beriani, Rendang Daging Lebaran, Siakap Tiga Rasa Nusantara dan Serawa Durian Selera Timur
  • Harga: RM208+ (dewasa) dan RM68+ (kanak-kanak 6-12 tahun)

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI