ROTI canai merupakan antara menu sarapan pagi paling popular di Malaysia. Cukup sekeping roti canai telur dicicah dengan kari dal dan sambal tumis di samping meneguk secangkir kopi, minum pagi kita sudah cukup sempurna.

Dewasa ini, terlalu banyak makanan yang diubah suai dan diberi nafas baharu dengan pendekatan lebih kontemporari, begitu juga dengan roti canai.

Terbaharu, Liang Crispy Roll mencetuskan sensasi apabila menampilkan roti canai yang telah diberi tambah nilai. Perubahan itu telah menarik perhatian ramai terutama dalam kalangan peminatnya di Malaysia termasuk di Indonesia.

roti canai

Masakan tidak, selain digoreng garing, roti canai sentuhan Liang Crispy Roll yang bersaiz jumbo dilengkapi dengan pelbagai inti dan perisa yang mengiurkan. Antaranya seperti Mexican BBQ Chicken, Cheesy Satay Chicken dan Korean Grilled Chicken.

Rata-rata rebiu pengunjung yang pernah menikmati sajian menyelerakan itu memang cukup menggamit perhatian kepada sesiapa untuk mencubanya.

“Saiznya yang besar dan cukup mengenyangkan. Banyak pilihan inti yang menarik dan semuanya sedap. Agak berlambak isinya, tetapi mudah untuk dimakan sebab sudah siap gulung. Siapa suka pedas, boleh cuba menu signatur paling laris, Korean Grilled Chicken,” kata seorang pelanggan menerusi satu komen yang ditinggalkan menerusi Instagram Liang Crispy Roll.

roti canai

Mengulas lanjut, Ketua Pegawai Eksekutif Liang Group, Jarvin Leow berkata, pihaknya menggunakan tepung gred premium dan minyak kacang soya organik bagi menghasilkan lapisan rangup dengan warna coklat keemasan pada bahagian luar roti canai di premisnya.

“Lapisan dalam roti yang lembut dengan aroma minyak daun bawang pastinya menyuntik selera pengunjung. Lagi lazat dimakan dengan variasi inti istimewa yang disajikan pada harga berpatutan.

“Menariknya lagi, menu sihat yang kami tawarkan ini tidak mengandungi lemak trans dan tidak berminyak. Sajian akan disediakan selepas pelanggan membuat tempahan bagi menghasilkan hidangan panas-panas,” katanya kepada SinarPlus ketika dihubungi.

roti canai

Kepada yang sudah menonton cara pembikinan roti canai Liang Crispy Roll pasti teruja. Menerusi video yang dipertontonkan itu, roti canai yang telah dimasak garing akan dilapik dengan telur sebelum dibungkus mengikut inti pilihan pelanggan.

Jarvin menambah, kepada yang berminat untuk membeli roti canai sejuk beku yang sudah mendapat pensijilan halal, orang ramai boleh membuat tempahan secara online bagi memudahkan pembelian sepanjang musim Covid-19 ini.

“Pelanggan juga boleh dapatkannya di lebih 20 outlet di Aeon dan Jaya Grocer di seluruh negara,” ujar Jarvin.

roti canai

Liang Crispy Roll

  • Alamat: Antara lokasi tumpuan di Mid Valley, Pavilion, Paradigm Mall Johor Bahru
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
  • Menu viral: Korean Grilled Chicken dan Liang Chicken Sandwich
  • Harga: Bermula RM3.90 hingga RM10.90
  • Facebook: LiangCrispyRoll.HQ
  • Instagram: @liangcrispyrollmy

Sememangnya menikmati roti canai asli memang sudah cukup menyelerakan.

Iklan

Namun, jika ia dipelbagaikan dengan tambahan bahan-bahan sampingan yang lain, tidak ada salahnya. Asalkan ia kena dengan tekak masing-masing.

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan, beberapa premis turut menyediakan khidmat penghantaran makanan terus ke rumah. Pembaca SinarPlus yang merupakan peminat roti canai tegar, bolehlah mempertimbangkan empat port viral yang menyediakan sajian dengan resipi tersendiri.

roti canai

Roti Canai Sarang Burung

  • Alamat: No 01, Jalan Anggerik 2, Taman Anggerik, Johor Bharu
  • Harga: Bermula RM5 hingga RM8
  • Waktu operasi: 8 pagi hingga 11.30 malam (penghantaran)
  • Facebook: Restoran Zaidi Canai

roti canai

Iklan

Roti Canai Pelangi

  • Alamat: Warung Dimyati Roti Canai, Lot 2430, Kampung Sungai Yu 1, Kuala Selangor, Selangor
  • Harga: Bermula RM1.20 hingga RM6
  • Waktu operasi: 7 pagi hingga 12 tengah hari
  • Facebook: Roti Canai Pelangi

roti canai

Roti Canai Nanchos Kayu Arang

  • Alamat: 459, Kampung Bakar Batu, Melaka
  • Harga: Bermula RM1 hingga RM6
  • Waktu operasi: 7 pagi hingga 12 tengah hari
  • Facebook: Roti Canai Kayu Arang
  • Instagram: @kayuarang99

roti canai

Roti Canai Wrap

  • Alamat: No 8, Jalan Rugbi 13/30, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
  • Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 6.30 petang (penghantaran dan bungkus)
  • Facebook: De’ Gulai Fish Head Curry
  • Instagram: @degulaisek13