JIKA selera anda lebih kepada juadah autentik Melayu, SinarPlus mencadangkan agar memilih Hotel Marriot Putrajaya yang menyajikan Sajian Tujuh Kawah Wak Lan.

Disediakan oleh Cef Sous Eksekutifnya, Cef Zulkifli Asyul Sutan Saidi bersama pasukannya antara lain menyediakan beberapa pilihan nasi seperti beriani, minyak dan bukhari.

Di samping itu, terdapat variasi lauk-pauk tambahan seperti daging salai masak lemak cili padi, ayam masak merah, pajeri nenas, udang masak lemak dan kerabu pucuk ubi yang sememangnya mengimbau masakan ibu di kampung.

memori iftar bersama hotel marriott putrajaya

Menurut Cef Zulkifli, sajian tujuh kawah tersebut menjadi menu signatur pihaknya untuk menarik minat semua khususnya umat Islam untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

“Menariknya, menu tujuh kawah ini akan bertukar bagi mempelbagaikan variasi lauk-pauk masakan kampung seperti masakan mak-mak.

“Paling top adalah daging salai masak lemak cili padi. Memang padu, rasanya pekat, lemak dan pedas yang boleh semua orang makan. Cuba sekali mesti teringat-ingat,” ceritanya kepada SinarPlus.

memori iftar bersama hotel marriott putrajaya

memori iftar bersama hotel marriott putrajaya

Iklan

Apa yang menarik, Hotel Marriott Putrajaya menyajikan pelbagai jenis pencuci mulut berasaskan buah durian meskipun ketika ini, belum tiba lagi musim raja buah.

“Sudah menjadi tradisi pihak hotel untuk menyajikan durian segar kepada pengunjung dan walaupun tahun ini belum tiba musim, kami bawakan kuih-muih dan kek berasaskan durian kepada semua.

“Memang enak rasanya apabila menjamah pencuci mulut selepas menjamu selera,” ujarnya yang turut menawarkan menu popular tempatan iaitu rojak, kambing bakar, sate, pelbagai jenis mi dan ikan bakar Pasar Kinabalu.

Iklan

memori iftar bersama hotel marriott putrajaya

Mengangkat tema Memori Iftar Bersama Hotel Marriott Putrajaya, pihak pengurusan juga mempelbagaikan sajian iftar seperti masakan Jepun, Timur Tengah, Thailand, India dan Itali.

Memori Iftar Bersama Hotel Marriott Putrajaya

  • Alamat: IOI Resort City, Sepang, Selangor
  • Waktu: 6.30 petang hingga 10 malam
  • Tarikh: 13 April hingga 12 Mei 2021
  • Menu signatur: Sajian Tujuh Kawah Wak Lan dan pencuci mulut berasaskan durian
  • Harga: RM145 (dewasa) dan RM72 (kanak-kanak)