KEPADA mereka yang mungkin tidak gemar menikmati bubur nasi, persepsi itu barangkali berubah jika kalian bertandang ke gerai Bubur Nasi Berlauk JimFood.

Terletak di beberapa lokasi strategik di ibu kota seperti di Busana Mara Kuala Lumpur, Jakel Mall Kuala Lumpur, Sri Gombak, Giant Ulu Kelang dan Bukit Bintang, pengusahanya yang juga pasangan suami isteri, Azuddin Abdullah dan Mazlin Mahbob menyediakan 14 jenis lauk sampingan yang menyelerakan.

Penangan gerai Bubur Nasi Berlauk JimFood bukan biasa-biasa. Pada setiap hari, hampir 1,000 bungkusan bubur terjual di lima cawangan gerai itu.

Azuddin memberitahu, antara lauk yang menjadi buruan orang ramai ialah sambal paru dan ikan masin lobak manis.

“Alhamdulillah, bukan sahaja dua lauk itu, tetapi kesemua masakan yang dimasak oleh isteri kesayangan saya.

Baca juga Mee Tonggek Udang Galah, Sotong XXL jadi buruan. Resipi tersendiri anak jati Kedah jadi tarikan di Bazar Ramadan Putrajaya

“Ramai yang suka sambal parunya kerana cukup rasa pedas, manis dan garing. Memang sempurna untuk dimakan bersama bubur,“ katanya baru-baru ini.

Selain itu, resipi ikan masin talang bersama lobak manis turut menjadi rebutan setiap kali gerai dibuka.

Selain boleh memilih secara ala carte, Azuddin berkata, pelanggan juga boleh memilih set-set tertentu seperti Set Bubur Perantau, Set Rasa Klasik dan Set Pilihan Hati.

Baca juga Memang mengiurkan, resipi Gulai Ikan Ayo tambat selera satu keluarga. Kena cuba ni

Menariknya tentang gerai Bubur Nasi Berlauk JimFood, mereka turut menyediakan set bubur untuk wanita sedang berpantang.

“Kami menyediakan khidmat itu bagi memudahkan golongan itu. Terdapat beberapa seleksi lauk yang boleh dipilih. Selain kerepek halia, terdapat juga kentang, tempe dan peria garing.

“Idea itu sebenarnya tercetus apabila terdapat pelanggan yang susah mencari makanan untuk isteri yang sedang berpantang termasuk anak yang sakit, jadi saya pun terfikir menu ini untuk mereka yang memerlukan dan tak sangka, sambutan yang diterima sungguh luar biasa,“ ceritanya.

Baca juga Resipi ayam percik tiga generasi laku keras, 250 batang sehari memang tak cukup

Bagi merancakkan jualan dalam talian atau secara fizikal, bapa kepada empat cahaya mata itu turut mempromosikan menu lazat tersebut pada setiap bulan.

“Misalnya, pada bulan ini, kami tawarkan lauk kulit ayam rangup sebagai menu baharu. Lauknya akan berbeza-beza setiap bulan.

“Jadi, kepada peminat kulit ikan rangup, nantikan pengumuman kami dari semasa ke semasa,“ katanya.

Jika kalian tidak kuasa untuk memanaskan enjin untuk ke gerai Bubur Nasi Berlauk JimFood, penghantaran terus ke pintu rumah disediakan.

“Kami boleh tunaikan permintaan pelanggan jika jarak lokasi lebih kurang 5 kilometer. Jika tempahan dibuat melalui laman web jimfood.my, tiada had jarak ditetapkan.

“Terdapat sesetengah pelanggan yang duduk jauh sanggup membayar sejumlah kos untuk penghantaran demi menikmati sajian kami,“ katanya yang turut membuka peluang kepada orang ramai untuk berinfak dan bersedekah bubur istimewa mereka untuk masjid, sekolah agama dan anak yatim.

Iklan

Bubur Nasi Berlauk

  • Alamat: Busana Mara Kuala Lumpur, Jakel Mall Kuala Lumpur, Sri Gombak, Giant Ulu Kelang dan Bukit Bintang
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 7 malam
  • Harga: Bermula RM6 hingga RM12
  • Facebook: Jim Food
  • Instagram: @jimfoodmy
  • Laman web: www.jimfood.my

Selain mudah dan ringkas, menu bubur nasi akan menjadi bertambah enak dengan variasi pilihan lauk.

Selain di Bubur Nasi Berlauk JimFood dan lambakan premis di Kampung Baru, Kuala Lumpur, di negeri-negeri lain juga turut menyediakan sajian serupa.

Berikut empat lagi pilihan destinasi yang boleh dikunjungi jika berada di kawasan berhampiran:

bubur nasi

Bubur Istimewa Melaka

  • Alamat: No 13, Medan Selera Taman Cempaka, Melaka
  • Waktu operasi: 4 petang hingga 11 malam (Selasa tutup)
  • Harga: Bermula RM2
  • Facebook: Bubur Istimewa Melaka

bubur nasi

Iklan

Bubur Nasi Istimewa JB

  • Alamat: Jalan Sutera, Taman Sentosa Johor Bahru dan Jalan Dataran Larkin 6, Johor Bahru
  • Waktu operasi: 3 petang hingga 12 malam
  • Harga: Set bermula RM7
  • Facebook: Bubur Nasi Istimewa No1
  • Instagram: @buburnasino1

bubur nasi

Bubur Berlauk Ipoh

  • Alamat: Hadapan Bangunan Unit Rawatan Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak
  • Waktu operasi: 7 pagi hingga 2 petang
  • Harga: Bermula RM5
  • Facebook: Bubur Berlauk Ipoh

bubur nasi

Nasi Air Dapo Makang

  • Alamat: Jeti 2 Teluk Menara, Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu operasi: 3 petang hingga 10 malam
  • Harga: Bermula RM5
  • Facebook: Dapo Makang

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI