LAZIMNYA, buat peminat makanan pedas, memang tak sah jika setiap hidangan yang dimasak tanpa sambal.

Tak kiralah sambal belacan, goreng atau dimasak tumis, menu wajib ada tersebut mesti diletakkan di atas meja sebagai penambah selera.

Sama seperti Nor Muniza Sabri, beliau sekeluarga amat menggemari kulinari tersebut sebagai menu wajib setiap hari.

Ibu kepada empat cahaya mata itu juga rajin membelek hantaran menu di media sosial untuk dicuba.

Kongsi wanita yang menetap di Kuala Nerus, Terengganu itu, beliau tidak kedekut untuk share resipi Sambal Selebriti yang dipelajari di YouTube.

sambal

Sekali makan, memang boleh bertambah-tambah pinggan nasi, katanya.

Tidak renyah dan bahan-bahan mudah dicari, sambal tersebut boleh dimakan begitu jer bersama nasi atau digaul dengan ayam goreng.

Baca juga Resipi sayur meranti masak lemak keledek, tambah sedap makan dengan sambal belacan, ikan masin

sambal

Berikut resipi mudah yang dikongsikan:

Bahan-bahan
Cili api hijau (lebihkan sedikit untuk rasa lebih sedap)
Cili api merah
Cili besar hijau [BELI DI SINI]

sambalBawang putih
Bawang besar
Gula [BELI DI SINI]
Ajinomoto [BELI DI SINI]
Perasa tambahan
Kiub pati ayam [BELI DI SINI]

sambal

Cara penyediaan:
1. Semua bahan cili dikisar sehingga lumat.

2. Bawang putih dan besar dihiris.

3. Tumis bawang putih menggunakan minyak yang banyak

4. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.

Iklan

sambal

5. Masukkan garam, kiub pati ayam, Ajinomoto dan perasa secukup rasa.

6. Masukkan hirisan bawang besar.

7. Siap untuk dihidang.

Kalau nak tambah lagi pedas, bolehlah banyakkan kuantiti cili dalam masakan.

sambal

Iklan

Baca juga Mudah je cara masak sambal bilis garing, sedap dan tahan lama

Lihat saja foto yang dikongsikan Nor Muniza di Facebook, memang menyelerakan!

sambal

Jadi, buat kalian yang mempunyai resipi lebih unik, bolehlah kongsikan di ruang komen kami.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.