PENANGAN Nasi Dagang Adik Beradik Rezki Roda yang terletak di Puncak Alam, Selangor bukan calang-calang.

Mana tidaknya, meskipun operasi gerai belum bermula, namun penggemar juadah tradisional dari Terengganu itu sudah menunggu seawal jam 6 pagi!

Rata-rata pembeli yang pernah menikmati juadah yang diusahakan Muhammad Khairul Nizzam Mamat, 43, bersama tujuh adik beradiknya tidak kisah berbuat demikian.

Kata mereka, kesedapannya memang tidak terkata.

nasi dagang

“Dari jauh aromanya sudah memanggil. Jika datang lambat, kupon yang dihadkan untuk pembelian tiga bungkus nasi dagang memang licin,“ demikian antara perkongsian pelanggan di media sosial.

Muhammad Khairul Nizzam yang juga bekas cef yang berpengalaman lebih 20 tahun di hotel lima bintang ternyata gembira dengan reaksi berkenaan.

“Saya sendiri pun tidak sangka kuasa viral membuatkan nasi dagang kami terus popular. Alhamdulillah, rezeki ALLAH memang tidak pernah salah alamat. Ramai suka resipi asli nasi dagang yang saya belajar daripada ibu, Norma Zakaria yang memang pakar dalam masakan ini,“ katanya yang berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Baca juga Elok kejadiannya, resipi Nasi Dagang Terengganu gerenti jadi. Teknik rahsia buat gulai ikan tongkol jadi sedap

nasi dagang

Bercakap mengenai keistimewaan kulinari tersebut, lelaki itu percaya, gulai yang pekat dengan ramuan tersendiri berjaya memikat hati pelanggan.

“Ikan aya (tongkol) yang direbus terlebih dulu dengan rempah ratus terpilih memang memberi rasa berbeza, ditambah pula nasi dagang kami menggunakan beras basmati yang dimasak dengan santan segar.

Baca juga Chicken Chop hanya RM1.90! Harga tak masuk akal pemuda ini memang buat ramai kagum

“Rasanya memang padu. Maaf, sebab itulah kadang-kadang kami mengehadkan kepada tiga bungkus sahaja untuk seorang pembeli bagi membolehkan pelanggan lain yang beratur panjang dapat merasa,“ ujarnya.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu memberitahu, persiapan memasak selalunya dimulakan seawal jam 3 pagi dengan bantuan adik beradik lain.

nasi dagang

“Jika cuaca okey dan tidak hujan, kita akan masak sebanyak 60 kilogram (kg) terutamanya pada hujung minggu dan dalam tempoh kurang dua jam sudah habis (dijual).

“Kalau jualan pada hari biasa, saya akan masak 40kg nasi sahaja. Itu pun masih tidak mencukupi,“ kongsinya yang turut menjual nasi lemak biasa, nasi lemak telur mata dan nasi lemak ikan aya sebagai menu tambahan.

Baca juga Sambal paru, ikan masin lobak manis jadikan Bubur Nasi Berlauk JimFood lebih ‘terangkat’. Patutlah laku keras…

Bukan sahaja hidangan menjadi tarikan, gaya bersahaja Muhammad Khairul Nizzam memakai kain batik dan kepala diikat kain persis nelayan mahu ke laut dengan motosikal roda tiganya turut menjadi bualan.

Tertawa saat penulis bersembang mengenai pakaian yang dipakai ketika berniaga, usahawan tersebut berkata, itu semua adalah signatur perniagaannya dan simbolik diri beliau sebagai penduduk Terengganu.

nasi dagang

Bagi orang ramai yang ingin menikmati juadah autentik tersebut, cawangan pertama telah dibuka di Seri Kembangan, Selangor.

Dalam masa terdekat, Nasi Dagang Adik Beradik Rezki Roda akan berada di Melawati, Kuala Lumpur.

Iklan

Nasi Dagang Adik Beradik Rezki Roda

  • Alamat: Seri Kembangan (Belakang stesen Minyak Shell SKVE berhampiran Hospital Andorra) dan Puncak Alam (Jalan Persiaran Puncak Alam 6, Bandar Puncak Alam, Selangor)
  • Waktu operasi: 7.30 pagi sehingga habis
  • Harga: Bermula RM2 hingga RM7
  • Facebook: Nasi Dagang Adik Beradik Rezki Roda

Juadah nasi dagang memang boleh dibeli di mana-mana lokasi.

Terkini, Nasi Dagang Adik Beradik Rezki Roda di Puncak Alam, Selangor menjadi tumpuan ramai bukan hanya kerana kesedapan air tangan bekas cefnya, tetapi busana yang dipakai menjadi buah mulut ramai.

Baca juga Mee Tonggek Udang Galah, Sotong XXL jadi buruan. Resipi tersendiri anak jati Kedah jadi tarikan di Bazar Ramadan Putrajaya

Pun demikian, terdapat beberapa lagi premis yang menjual nasi dagang yang enak.

Berikut SinarPlus senaraikan empat lagi destinasi yang boleh anda dikunjungi.

nasi dagang

Nasi Dagang Ubai

Iklan
  • Alamat: Kampung Ubai, Kuantan, Pahang
  • Waktu operasi: 6.30 pagi hingga 4 petang
  • Harga: Bermula RM6 hingga RM45
  • Facebook: Nasi Dagang Ubai

nasi dagang

Nasi Dagang Honey

  • Alamat: No. 38, Batu 1½, Jalan Endau-Mersing, Mersing, Johor
  • Waktu operasi: 6.30 pagi hingga 12 tengah hari
  • Harga: Bermula RM6
  • Facebook: Nasi Kerabu Honey

nasi dagang

Nasi Dagang Warung Seri Timur

  • Alamat: Persiaran Industri Rapat 2, Taman Seri Berjaya, Ipoh, Perak
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 3 petang
  • Harga: Bermula RM5
  • Facebook: Warung Seri Timur ‘Kelantan‘ at Ipoh Perak

nasi dagang

Nasi Dagang Atas Tol

  • Alamat: Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu operasi: 6.30 pagi hingga 12 tengah hari
  • Harga: Bermula RM5
  • Facebook: Nasi Dagang Tepi Kubur Kg Atas Tol

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI