RESIPI viral, Garlic Green Beans memang sedap dan crunchy.

Cara penyediaannya pun mudah, tak sampai 10 minit dah siap.

Percaya atau tidak, kacang buncis yang disalut dengan bawang putih cincang dan cili flakes rupa-rupanya memang enak dimakan begitu saja.

Kalau dijamah dengan nasi putih, pasti bertambah-tambah, walau hanya satu lauk jer. Nak kick lagi, bubuh sambal belacan.

Cara penyediaan yang dikongsikan Muhammad Adli yang juga pemilik akaun Instagram, @hichizarai memang menarik perhatian ramai.

Masakan tidak, resipinya tular sekelip mata di media sosial dan ramai kata, masakan itu memang sedap tak terkata.

Berikut bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan

Kacang buncis

Garlic Green Beans
2 sudu besar mentega [BELI DI SINI]
1 sudu besar serbuk bawang putih

Baca juga Sedapnya putu piring perisa kaya dan pandan, air tangan remaja ini memang wow!

1 sudu besar cili flakes [BELI DI SINI]
1/2 sudu teh garam

Garlic Green Beans
7 ulas bawang putih (dicincang halus)
Secubit serbuk perasa [BELI DI SINI]

Cara penyediaan:

1. Panaskan kuali dan masukkan mentega.

Garlic Green Beans
2. Masukkan serbuk bawang putih, cili flakes dan garam.
3. Gaul sehingga sebati dan masukkan kacang buncis.

Iklan

Garlic Green Beans

4. Bila sayur sudah separuh masak, masukkan bawang putih yang dicincang halus dan serbuk perasa.

Garlic Green Beans
5. Siap untuk dihidang.

Memang mudah sangat untuk menyediakan sajian ringkas ini.

Bolehlah kalian plan untuk masak sebagai juadah sahur atau berbuka pada bulan Ramadan nanti.

Iklan

Baca juga Garing di luar lembut di dalam, ini resipi mudah buat bingka susu lemak berkrim

Anda juga boleh kongsikan menu simple tapi sedap dalam ruangan komen kami sebagai ilham buat pembaca lain untuk masak menu keluarga.

Okey! Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.