MEMANG sedap jika dapat menikmati sajian sambal katok ayam berlado, selain mudah disediakan, boleh buat selera makan encik suami bertambah-tambah.

Menariknya, resipi Mottainai yang dikongsikan Salina Jalaludin tidak renyah, malah boleh dinikmati dengan ulam segar.

Berikut bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan sambal katok ayam berlado untuk dua orang:

Bahan ramuan sambal

sambal katok

  • 3 biji cili padi
  • 1 sudu teh halia
  • 1 sudu besar garam bukit
  • 1 sudu besar gula perang
  • Sedikit pes asam jawa (hujung sudu teh)

sambal katok

Bahan ramuan ayam

  • 2 ketul dada ayam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)

Cara penyediaan:

1. Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng ayam sehingga 3/4masak.
3. Angkat dan toskan minyak.
4. Untuk resipi sambal, bawang besar, bawang holland, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi dikisar kasar.

sambal katok

5. Panaskan minyak, kemudian tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
6. Masukkan air, garam, gula dan asam jawa.
7. Masak sehingga kuah pekat dan mendidih.

sambal katok

Iklan

8. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi diikuti bawang besar.
9. Kacau sebati dan tutup api.
10. Sedia untuk dihidangkan bersama ulam segar.

Mudah dan pantaskan? Apa kata pelbagai menu hujung minggu dengan sotong goreng tepung atau sayur kailan masak ikan masin.

Baca juga Resipi terung masak minang yang ringkas dan tak payah pening-pening. Gerenti sedap!

sambal katok

Iklan

Boleh juga pembaca SinarPlus kongsikan hidangan menarik hujung minggu kalian bersama kami.

Boleh jadi panduan buat ibu-ibu muda yang merancang untuk masak juadah untuk insan tersayang.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI