POPULARITI nasi ganja atau popular dengan nama nasi vanggey memang tidak perlu diperkatakan lagi.

Kalau diikutkan, sajian itu sangat terkenal di negeri-negeri sebelah utara.

Namun, sejak kebelakangan ini, ramai pengusaha makanan Melayu cuba menghasilkan resipi nasi ganja dengan acuan mereka sendiri demi menarik minat penggemar juadah tersebut yang berada di merata tempat.

Antara mereka yang mengusahakan perniagaan itu ialah pasangan suami isteri, Muhammad Azzul Syukri Mohd Hanif, 30, dan Siti Syahira Md Nor, 25, yang mempertaruhkan jenama Tokan Nasi Ganja di Sungai Udang, Melaka.

tokan nasi ganja vanggey

Menurut Muhammad Azzul Syukri, jualan nasi ganja olahan eksklusifnya sejak lebih tujuh bulan lalu nampaknya berjaya menambat hati para pelanggan terutamanya anak perantau yang berasal dari Pulau Pinang, Kedah dan Perak yang merindui sajian kegemaran mereka.

Kata beliau, idea untuk menghasilkan menu tersebut tercetus selepas perniagaan makanan masakan panas dan Barat yang diusahakan sebelum ini terjejas selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Ketika itu, kami tercari-cari idea baharu untuk menjual makanan yang lain daripada lain demi kelangsungan hidup. Kebetulan nasi ganja memang belum ada terjual di sini dan sebagai peminat makanan tersebut, kami cuba untuk menjualnya. Sungguh kami tak sangka, sambutannya cukup luar biasa.

tokan nasi ganja vanggey

“Betullah orang kata, rezeki ALLAH tidak ke mana-mana jika kita rajin berusaha. Alhamdulillah, sentuhan air tangan kami berjaya memikat hati anak rantau khususnya anggota tentera di kem berhampiran,” ceritanya kepada SinarPlus.

Berkongsi keunikan juadah nasi ganja yang ditawarkan, bapa kepada seorang cahaya mata itu mengakui, mereka suami isteri tidak meminggirkan ramuan asli nasi ganja.

Baca juga Sosej Kemboja jadi buruan, siapa sangka air tangan pemuda ini buat ramai berselera

“Kami cuma ambil masa selama tiga hari untuk mencari kombinasi rempah yang betul-betul sedap. Ini kerana kekuatan nasi ganja ini bukan sahaja terletak pada nasinya sahaja, tetapi juga bergantung kepada rasa kuah karinya.

tokan nasi ganja vanggey

“Keenakan rempah kari home made kami yang disukai ramai memang menjadi satu penanda aras kepada perniagaan kami. Selain daging, premis ini juga memberi pilihan kepada pelanggan untuk memilih sama ada kari kambing atau sotong,” kongsinya.

Iklan

Seperti nasi ganja lain, Muhammad Azzul Syukri berkata, beliau turut menyediakan kari hitam. Sebagai tambahan, Tokan Nasi Ganja juga menawarkan lauk sampingan iaitu sambal kelapa.

Baca juga Penangan kayu arang sejak dua dekad, ini rahsia roti canai milik usahawan Melaka ini terus viral

Selain menu signatur tersebut, restoran usahawan muda itu turut menawarkan pelbagai pilihan kulinari menarik. Antaranya seperti ayam goreng bersaiz jumbo, ikan bawal, tongkol dan tenggiri goreng pada harga set bermula RM9 hingga RM25.

tokan nasi ganja vanggey

Tokan Nasi Ganja

  • Alamat: Sungai Udang, Melaka
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 5.30 petang
  • Menu signatur: Nasi ganja ayam goreng istimewa
  • Harga: RM9 hingga RM25
  • Facebook: Tokan Nasi Ganja Official

tokan nasi ganja vanggey

Iklan

Nasi ganja merupakan hidangan nasi dan kuah kari dengan pelbagai lauk-pauk.

Nama kulinari berkenaan hanyalah satu istilah dan tiada sebarang bahan terlarang yang digunakan.

Keenakan sajian itu memang sukar mahu digambarkan dengan kata-kata.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Jadi, tidak hairanlah ramai orang ‘ketagih’ untuk menikmatinya sekali lagi selepas pertama kali mencuba sajian itu.

Berikut empat lokasi lain yang dicadangkan oleh SinarPlus.

nasi ganja

Nasi Ganja Selatan

  • Alamat: No 7, Jalan Flora Utama 7, Taman Flora Utama, Batu Pahat, Johor
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 6 petang
  • Menu signatur: Nasi Ganja Special
  • Harga: RM7 hingga RM19
  • Facebook: Nasi Ganja Selatan

nasi ganja

Nasi Ganja Pegheleh

  • Alamat: Kampung Sungai Lempit, Banting, Selangor dan Bandar Enstek, Negeri Sembilan
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 3 petang (Selasa hingga Sabtu)
  • Menu signatur: Set Arau
  • Harga: RM6 hingga RM14
  • Facebook: Nasi Ganja Pegheleh

nasi ganja

Nasi Ganja Ipoh

  • Alamat: Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee Ipoh, Perak
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
  • Menu signatur: Nasi Ganja Ayam Merah
  • Harga: RM8
  • Facebook: Kedai Kopi Yong Suan Ipoh Perak

nasi ganja

Nasi Ganja Berdengung

  • Alamat: Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang
  • Waktu operasi: Bermula jam 10 pagi hingga habis
  • Menu signatur: Set ayam dan telur sotong
  • Harga: RM8.50 hingga RM10
  • Facebook: Nasi Ganja Berdengung