Oleh SITI FARAH ELIANI SOLLEH

BERKONSEPKAN fusion iaitu gabungan antara masakan Barat dan Asia, restoran Smoked Kingdom yang terletak di Ayer 8, Putrajaya menjadi salah satu destinasi makan-makan yang wajib disinggah.

Tidak sukar untuk menuju ke premis berkenaan kerana ia terletak berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan berhadapan dengan sebuah tasik yang besar.

Pemiliknya, Don Daniyal Don Biyajid atau Ustaz Don berkata, selain menitikberatkan soal pemilihan lokasi, beliau turut memastikan setiap menu yang ditawarkan di restorannya diolah mengikut cita rasa masyarakat kita.

daging salai

“Saya membuka restoran ini bersama tiga rakan kongsi yang lain. Kami berempat memang suka makan makanan Barat, tetapi hendak dapatkan stik yang sedap dengan harga yang mampu, memang agak susah.

“Satu hari tercetusnya idea, kenapa tidak kita bangunkan jenama sendiri untuk menjadi satu platform untuk mereka dapatkan stik bertaraf premium harga mampu bayar,“ katanya ketika ditemui pada Majlis pelancaran Smoked Kingdom by Don Daniyal di Putrajaya baru-baru ini.

Daging youyu

Pada majlis berkenaan, SinarPlus diberi peluang merasai sajian daging brisket salai. Meskipun penulis bukanlah seorang peminat tegar daging, namun daging yang dihidangkan dimasak dengan sempurna, mudah dipotong dan paling penting aroma dan rasanya sangat sedap. Santapan berkenaan dilengkapkan lagi dengan sayur-sayuran seperti brokoli, lobak merah dan kentang.

Ustaz Don memberitahu, daging yang digunakan untuk menu Smoked Brisket telah disalai selama lebih kurang 14 jam lamanya dengan alat pemanggang khas.

daging salai

“Ya, memang memakan masa, namun rasa daging akan lebih terserlah jika melalui yang panjang,“ katanya.

Iklan

Dalam pada itu, pendakwah selebriti itu berkata, jika selama ini orang ramai memburu daging wagyu yang memang terkenal dengan harganya yang mahal, Smoked Kingdom katanya ingin memperkenalkan stik Youyu.

“Youyu sebenarnya seakan-akan Wagyu, ia mempunyai tekstur yang lembut dan mudah dihadam. Di sini, kepingan dagingnya dibakar empuk bersama perapan istimewa kami yang pastinya membangkitkan selera pada gigitan pertama," katanya.

Smoked Kingdom

  • Alamat: [email protected], Presint 8, Putrajaya.
  • Harga: RM69.90 bagi setiap 200 gram.
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam (dibuka setiap hari).
  • Facebook: Smoked Kingdom by dondaniyal
  • Instagram: @smoked_kingdom_by_dondaniyal

daging salai

Daging atau ayam yang disalai memang sedap untuk dinikmati. Justeru, tidak hairanlah ramai pengusaha berlumba-lumba mengimplemenkan konsep demikian.

Iklan

Lazimnya, proses menyalai akan mengambil masa yang lama iaitu lebih 10 jam. Ia akan bertambah istimewa jika daging atau ayam diperap dengan gabungan rempah dan herba terpilih. Apa-apapun terpulang kepada selera masing-masing.

Berikut ada 3 lagi destinasi yang menyajikan menu daging salai yang boleh dipertimbangkan pembaca SinarPlus untuk segmen Jom Singgah minggu ini.

Burnin‘ Pit

daging salai

  • Alamat: 24, Jalan 24/70a, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur
  • Harga: RM25 untuk 100 gram hingga RM588 sepinggan
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam
  • Facebook: Burnin‘ Pit
  • Instagram: @burninpit

Beard Brothers BBQ

daging salai

  • Alamat: Tropicana Golf & Country Resort, Tropicana Avenue, Persiaran Petaling Jaya, Selangor
  • Harga: Bermula RM60 untuk 200 gram hingga RM250 untuk 400gram
  • Waktu operasi: 11 pagi sehingga habis (Isnin hingga Ahad)
  • Facebook: Beard Brothers‘ BBQInstagram: @beardbrothersbbq

Meat Cartel BBQ

daging salai

  • Alamat: Ardence Labs , Persiaran Setia Alam, Eco Ardence, Setia Alam, Selangor
  • Harga: Harga bermula RM65 hingga RM220
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam dan 4 petang hingga 11 malam (Jumaat)
  • Facebook: Meat Cartel BBQ
  • Instagram: @meatcartelbbq

Laman Grill Steak & Bar-B-Que

daging salai

  • Alamat: No. 38G, Jalan Putra 2, Taman Kajang Putra, Kajang dan Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
  • Harga: Bermula RM20.90 hingga RM198.90
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam
  • Facebook: Laman Grill Steak & Bar-B-QueInstagram: @lamangrill