TARIKAN magnet sajian shellout memang luar biasa. Bukan apa, selain kelazatan makanan laut yang dinikmati, silaturahim sesama ahli keluarga ataupun rakan taulan makin bertaut apabila makan semeja dengan satu menu sama.

Jarang sekali kita berjumpa pelanggan datang bertandang ke restoran dan makan shellout seorang diri.

Menyedari hakikat itu, ditambah shellout masih menjadi kulinari trending di negara ini, pasangan usahawan, Mohd Luqman Ghazali ,34 dan Nur Jamilah Jaoi Edward, 34, membuka premis dikenali sebagai Paperoger Bistro & Delivery yang terletak di Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang sejak 2017.

paperoger shellout

Kepada SinarPlus, Mohd Luqman berkata, bagi memastikan restorannya berbeza dengan yang lain, beliau sentiasa membawakan hasil laut yang segar setiap kali dihidangkan di atas meja di samping memastikan kuah shellout yang disediakan memuaskan hati pelanggan.

“Di Paperoger, kami menyediakan tiga jenis kuah istimewa iaitu kategori kuah asli, cili berapi dan buttermilk yang cukup likat dan pasti menyelerakan. Pasti hasilnya lebih wow dan lain daripada lain!

“Hobi kami yang suka makan dan mengembara di tempat orang mencetuskan ilham untuk mencipta resipi homemade istimewa. Inilah buah tangan untuk peminat juadah shellout di bistro kami,” katanya yang kini sedang menjalankan kajian penyelidikan dan pembangunan untuk edaran pes shellout ke seluruh negara.

paperoger shellout

Penangan shellout di Paperoger bukan biasa-biasa. Meskipun tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berjalan, tempahan yang diterima masih bertalu-arus setiap hari.

“Sebelum PKP, memang tak dinafikan ada yang sanggup beratur panjang demi shellout Paperoger. Namun alhamdulillah, ketika PKP, sambutannya juga cukup hebat.

“Dalam sehari kami menerima lebih 40 tempahan dan penghantaran terus ke rumah kesemuanya berjalan lancar,” kata anak kelahiran Pendang, Kedah itu.

Dalam pada itu, Mohd Luqman turut berkongsi satu berita gembira untuk para peminat shellout di Lembah Klang.

“Insya-ALLAH, jika tiada aral melintang Paperoger Bistro & Delivery akan membuka dua cawangan baharu di kawasan Lembah Klang iaitu di Kota Damansara dan Shah Alam, Selangor pada tahun ini,” katanya penuh kesyukuran.

paperoger shellout

Selain boleh menikmati shellout, beliau memberitahu, Paperoger Bistro turut menawarkan menu yang tidak kurang hebatnya iaitu ikan segar bakar yang enak dimakan bersama shellout.

“Menu tersebut adalah resipi turun temurun seorang rakan baik saya yang terkenal dengan sambal meletupnya.

“Selain itu, daya penarik adalah sajian udang kara dengan keju tarik dan ketam Raja Merah Alaska dengan kuah sos homemade.

“Mereka yang gemar dengan masakan Barat, kami cadangkan untuk memesan set Family Sharing yang lengkap dengan chicken chop, lamb chop, bebola daging, sosej bersaiz jumbo, kentang goreng dan salad segar. Harga pun hanya RM79.90, jimat untuk dimakan enam orang,” katanya.

paperoger shellout

Paperoger Bistro & Delivery

Iklan
  • Alamat: 68, Persiaran Tenggiri, Taman Tenggiri, Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam
  • Harga: Bermula RM5.50 hingga RM399
  • Facebook: Paperoger Bistro & Delivery

Tidak semestinya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kita tidak boleh menikmati makanan kegemarang masing-masing seperti shellout.

Sejak arahan rasmi kerajaan yang tidak membenarkan orang ramai menikmati makanan di premis, ramai pengusaha mengaktigkan khidmat penghantaran terus ke rumah.

Berikut 4 lokasi menarik yang bukan sahaja menawarkan kuah shellout yang padu, malah harganya juga mampu bayar.

shellout

Sajian Asnah

  • Lokasi penghantaran: Kampung Delek, Klang dan Shah Alam, Selangor
  • Waktu penghantaran: 3 petang hingga 5 petang
  • Harga: Bermula RM18 hingga RM85
  • Menu signatur: Shellout Family, Shellout Couple dan Shellout
  • Facebook: Sajian Asnah

shellout

Iklan

Bakau Je

  • Lokasi penghantaran: Sekitar Jalan Kandang, Melaka
  • Waktu penghantaran: 12 tengah hari hingga 10 malam
  • Harga: Bermula RM35
  • Menu signatur: Shellout Sambal Portugis
  • Facebook: Bakau Je

shellout

Gaban Station

  • Lokasi penghantaran: Kukup, Pekan Nanas, Pontian, Johor
  • Waktu penghantaran: Bermula jam 4 petang
  • Harga: Bermula RM12 hingga RM25
  • Menu signatur: Shellout Gaban Station
  • Facebook: Gaban Station

shellout

Minibaby Haus

  • Lokasi penghantaran: Sekitar Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu penghantaran: Bermula 12.30 tengah hari
  • Menu signatur: Shellout Minibaby Haus
  • Facebook: Minibaby Haus