Sos abalone direneh 8 jam jadikan ikan kerapu merah masak stim lebih menyengat!

BAGI memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina, Mardhiyyah Hotel & Suites memperkenalkan menu tradisi istimewa buat semua.

Penginapan patuh syariah terkemuka di Shah Alam, Selangor itu menawarkan kulinari eksklusif seperti Yee Sang dengan lima pilihan mewah, Pre Chinese New Year Appreciation, Chinese New Year Eve Dinner dan Chinese New Year Prosperity.

SinarPlus yang dipelawa sempena Chinese New Year 2023 Media Food Review baru-baru ini berpeluang menikmati juadah premium yang disediakan.

Boleh dikatakan pelbagai seleksi pakej sajian dengan resipi tersendiri yang diperkenalkan Ketua Masakan Cina Mardhiyyah Hotel & Suites, Cef Patrick Ng.

abalone

Bercerita lebih lanjut, kata Patrick, resipi yang diperkenalkan merupakan masakan tradisional milik keluarganya sendiri.

“Kalau imbau semula kenangan saya masa kecil dulu, masakan berlauk ayam kampung, ikan dan udang ialah menu istimewa hanya untuk sambutan Tahun Baharu Cina sahaja kerana membawa simbolik kekayaan, kemakmuran dan tuah.

“Justeru, saya mengambil pendekatan untuk mengekalkan 100 peratus cara masakan orang dulu-dulu supaya rasanya masih kekal sama. Kaedah memasak pun lebih konvensional,” katanya.

abalone

abalone

Menarik mengenai sajian ikan kerapu merah masak stim, cara penyediaannya juga bukan biasa-biasa kerana menggunakan sos abalone dibuat sendiri.

Abalone yang direneh mengambil masa lebih kurang lapan jam untuk mendapatkan pes pekat sebagai bahan perisa utama untuk sajian ikan tersebut.

Baca juga Ajak keluarga, rakan taulan nikmati Yee Sang halal. Memang sedap tak terkata

Kata Patrick, sos abalone tersebut juga menjadi senjata rahsia untuk masakan ayam kampung stim lebih menyelerakan.

abalone

“Paling penting, cubalah Yee Sang yang kami tawarkan dengan lima pilihan, antaranya Yee Sang with Lucky Salmon Fish dan Colorful Jelly Fish Yee Sang.

Prosperity Abalone Yee Sang, Joyful Salmon Fish and Jelly Fish Yee Sang dan Special Vegetarian Yee Sang juga antara seleksi disukai ramai,” katanya.

Iklan

Baca juga Guna mercun untuk halau ‘Nian’. Ini perkara yang perlu kita tahu tentang perayaan Tahun Baharu Cina

Sajian Yee Sang menjadi santapan permulaan jamuan makan besar ditawarkan bermula RM68 hingga RM198.

abalone

abalone

Soal tempat pula jangan bimbang kerana Mardhiyyah Hotel & Suites menyediakan ruang lebih privasi di Restoran Cina Tung Yuen.

Berikut antara pakej yang ditawarkan Chinese New Year Prosperity:

Iklan

i) Set Prosperity Chinese New Year Good Health & Luck ‘Loh Sang’ (RM788) untuk lima hingga enam orang.
ii) Set Prosperity Chinese New Year Joyful & Wealthy ‘Loh Sang’ (RM1,188) untuk 10 orang.

abalone
iii) Set Prosperity Chinese New Year Gong Xi Fa Chai ‘Loh Sang’ (RM1,488) untuk 10 orang.
iv) Set Prosperity Chinese New Year Self Love & Belief ‘Loh Sang’ (RM1,688) untuk 10 orang.
V) Set Prosperity Chinese New Year Good Luck & Happiness ‘Loh Sang’ (RM2,288) untuk 10 orang.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mardhiyyahhotel.com atau Instagram @mardhiyyahhotel.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.