TONGMO, salah satu makanan tradisi masyarakat Kemboja yang cukup digemari oleh rakyat Malaysia.

Ada yang biasa mendengarnya, namun SinarPlus percaya, ramai yang tidak mengetahui latar belakang sajian unik itu.

Sekali pandang, tongmo atau digelar sosej Kemboja tidak ubah seperti sosej daging bersaiz jumbo yang digantung di atas alang kayu.

Persoalannya, di mana tongmo boleh ditemui?

tongmo sosej kemboja

Ya, benar, biasanya makanan berasaskan isi dan lemak lembu tersebut hanya dijual di negeri-negeri bersempadan dengan Thailand.

Namun, disebabkan permintaan yang semakin tinggi, banyak gerai di tepi jalan di sekitar Lembah Klang menjual menu tersebut.

Antara pengusaha yang menjalankan bisnes makanan itu ialah Mohd Fakhri Ismail, 37, yang tampil dengan jenamanya, CPG Tongmo Bakar.

tongmo sosej kemboja

Menurut Mohd Fakhri, sambutan luar biasa sejak Ramadan lalu membuatkannya terus bersemangat untuk menjual tongmo.

Pun demikian, timbul masalah apabila pembekal di Kelantan tidak dapat memenuhi permintaannya yang berganda pada waktu tersebut.

“Melihat situasi itu, saya nekad untuk membuat tongmo sendiri. Dalam cubaan pertama, saya mencencang dan menyumbat isi daging secara manual, namun gagal kerana tidak dapat hasil yang diinginkan. Daging tidak terbentuk dengan cantik dan rasanya juga kurang sedap.

tongmo sosej kemboja

“Akhirnya berkat bereksperimentasi selama tiga hari dan melabur sejumlah wang untuk membeli mesin membuat sosej, akhirnya isi tongmo yang enak dan tahan lama berjaya dihasilkan,” katanya.

Berkongsi rahsia kelazatan sajian tersebut, usahawan itu berkata, beliau amat menitik beratkan pemilihan daging lembu segar.

Baca juga Penangan Nasi Tupe Cik Tipah. Lepas Subuh ramai dah mula beratur nak makan

Di samping itu, gabungan ramuan rempah ratus juga dipilih dengan teliti.

Iklan

“Biasanya, saya akan perap isi daging lebih dua jam sebelum disumbat ke dalam usus lembu muda,” katanya yang berjaya membuka 15 buah gerai CPG Tongmo Bakar sejak empat bulan lalu.

Bagi merancakkan jualan CPG Tongmo, Mohd Fakhri juga mempelbagaikan jenis daging yang dijual seperti ayam dan kambing, selain sos istimewa.

tongmo sosej kemboja

Kepada yang masih skeptikal dan takut untuk mencuba tongmo, lelaki itu berkata, jenama CPG Tongmo dijamin halal, bersih, selain aroma dan rasanya yang tersendiri.

CPG Tongmo Bakar

  • Alamat: Cawangan Seri Kembangan, Bangi dan Serdang, Selangor
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 6.30 petang
  • Menu signatur: Tongmo daging lembu bakar
  • Harga: Set bermula RM10 hingga RM20
  • Facebook: CPG Tongmo Bakar

tongmo sosej kemboja

Iklan

Sekali cuba pasti mahu lagi. Itu penangan tongmo yang merupakan salah satu makanan autentik dari Kemboja.

Di sesetengah lokasi, orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu menikmati sosej unik berkenaan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Selain di Selangor, tongmo dengan mudah boleh didapati di Kelantan, Perak, Melaka dan Johor. Kesemuanya diusahakan oleh anak tempatan.

Berikut empat destinasi jualan tongmo yang boleh dipertimbangkan pembaca SinarPlus pada minggu ini.

tongmo sosej kemboja

Tongmo Sinaryana

  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam
  • Kawasan penghantaran: Sekitar Kota Bahru, Kelantan
  • Menu signatur: Tongmo daging (ada pilihan sejuk beku)
  • Harga: Bermula RM13 hingga RM15
  • Facebook: Sinaryana’s Brands

tongmo sosej kemboja

Original Tongmo Melaka

  • Alamat: Jalan Pantai Klebang, Melaka
  • Waktu operasi: 1 petang hingga 7 malam
  • Menu signatur: Tongmo bakar jeruk betik
  • Harga: RM12
  • Facebook: Original Tongmo Melaka

tongmo sosej kemboja

Tongmo Bakar Abang Sayang

  • Alamat: Taman Kamunting Impian, Taiping, Perak
  • Waktu operasi: 12.30 tengah hari hingga 7.30 malam
  • Menu signatur: Tongmo bakar cheese
  • Harga: Bermula RM12 hingga RM14
  • Facebook: tongmo_bakar_abang_sayang

tongmo sosej kemboja

Tongmo Bakar Baroqa Perling

  • Alamat: Taman Perling, Johor Bahru
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 6 petang
  • Menu signatur: Tongmo bakar
  • Harga: Bermula RM5 hingga RM24
  • Facebook: Tong Mo Baroqa