MEMAHAMI cita rasa pelanggan yang pelbagai, Concorde Kuala Lumpur menggabungkan sajian autentik Melayu dan Thailand.

Memilih tema Bufet Ramadan Gabungan Duo Rasa Ala Kampung dan Thai, lebih 100 menu yang enak lagi mengiurkan disediakan.

Menurut Ketua Cef Masakan Melayu, Cef Mohamad Yusoff Abdul Hamid, sup gearbox yang padat dengan isi daging, perut, hati dan urat keting tidak harus dipandang sepi.

“Insya-ALLAH, sajian ini bakal hit. Apa yang membuatkan kuah sup ini lebih kaw, kita akan mencampurkan serbuk kacang hijau bersama.

sajian concorde KL

“Sup juga direneh untuk tempoh masa tertentu. Jangan risau, pihak hotel akan memastikan stok daging yang dimasak sentiasa segar,” katanya.

Baca juga Nikmati lebih 200 sajian iftar sambil hayati panorama senja, wajib cuba Tandoori Murgh dan Sup Tulang Rawan Songkla

Cef berpengalaman itu turut mempelawa orang ramai untuk merasai keunikan Kari Kepala Ikan Merah Bendi, Kambing Masak Hitam Manis, Gulai Tunjang Minangkabau dan banyak lagi.

sajian concorde KL

Untuk menu Thai pula, Cef Nopporn Nutto yang diterbangkan khas dari Bangkok menyediakan seleksi menu Siam seperti Thai Noodle Soup, Sotong Goreng Bawang Putih Berlada dan Pad Krapow Kung.

Baca juga Harga serendah RM5, ini 6 jenama makanan terkemuka tawarkan menu ringkas dan sedap untuk pilihan iftar

Iklan

Jadi, apa lagi? Jom buat tempahan awal. Khas untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun diskaun sebanyak 50 peratus akan diberikan.

sajian concorde KL

Gabungan Duo Rasa Ala Kampung & Thai

Alamat: 2, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
Tarikh: 23 Mac hingga 21 April 2023
Menu signatur: Aneka sup gearbox, kari kepala ikan merah, Thai Glass Noodle Salad Seafood dan Thai Noodle Soup
Harga: RM178 (dewasa) dan diskaun 50 peratus (kanak-kanak 6 hingga 12 tahun)

Iklan

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.