KEADAAN cuaca yang panas sejak dua menjak ini memang membuatkan kita mahu minuman sejuk sahaja.

Sekali teguk, pergh…nikmatnya memang tak terhingga.

Justeru, pada artikel kali ini, SinarPlus berusaha mencari resipi yang boleh dicuba oleh semua.

Ya, resipi Laici Coconut Jelly yang dikongsi oleh Rosmaliza Omar menerusi laman Facebooknya memang menarik perhatian.

Baca juga Bosan menu ayam goreng biasa? Cuba resipi sedap ini tanpa serbuk kunyit

Cara pembuatannnya cukup mudah, ringkas dan cepat untuk dibuat. Lagipun, siapa yang tak suka makan jeli kan?

Bukan untuk diri sendiri sahaja, malah anda boleh menghidangkannya sebagai pencuci mulut selepas makan bersama keluarga.

Berikut perincian resipi dan cara penyediaannya:

BAHAN-BAHAN

1/2 peket serbuk jeli kelapa

2 helai daun pandan

1.5 mililiter air kelapa

100 gram gula pasir

1 kotak kecil santan

Cara penyediaan:

1. Masak air kelapa sehingga mendidih. Kemudian, masukkan daun pandan.

2. Masukkan gula dan serbuk jeli kelapa. Kacau hingga gula larut.

3. Masak sehingga mendidih.

Jangan lupa follow kami Instagram! 

4. Kemudian, masukkan santan. Masak sebentar.

5. Tutup api dan tuang ke dalam bekas. Sejukkan.

Kalau dilihat, bahan-bahan yang diperlukan cukup senang didapati di kedai runcit dan di pasar raya.

Dengan harga yang murah, kuantiti yang dapat dihasilkan cukup rasanya untuk satu keluarga yang besar.

Apa kata hujung minggu ini, ajak anak-anak untuk turut sama berganding bahu di dapur untuk membuat menu itu bersama-sama.

Pasti meriah dapur anda nanti! Selamat mencuba.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI