MCDONALD’S Malaysia sentiasa memberi yang terbaik kepada para pelanggan setianya.Terbaharu, mereka menambahbaik kualiti burger daging klasiknya termasuk pembaharuan terhadap kaedah penyediaan dan teknik masakan yang lebih baik.

Ia sekali gus menjadikan hidangan ikonik McDonald’s lebih panas, empuk dan sedap!

Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, bahan mentah yang digunakan merupakan daging import dari Australia, New Zealand dan Brazil. Ia 100 peratus tulen dan dijamin halal.

“Burger daging klasik McDonald’s merupakan menu utama yang menjadi nadi perniagaan kami dan telah mendorong para pelanggan sentiasa datang kembali untuk menikmatinya.

Kredit foto: McDonald’s

“Apa yang diperkenalkan merupakan komitmen kami terhadap peminat setia hidangan ini. Kami akan terus berusaha menyediakan burger daging yang sempurna,” katanya ketika ditemui sempena pengumuman baharu itu di McDonald’s Subang Bestari DT, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Berikut penambahbaikan yang dilakukan oleh McDonald’s. Antaranya:

i) Ban lebih gebu dan berkilat yang dimasak sempurna sehingga warna keemasan dan dihidangkan panas-panas.

ii) Kepingan daging diperasakan dan dibakar dengan baik dalam kumpulan yang lebih kecil bagi memastikan ia kekal empuk sewaktu dinikmati.

Kredit foto: McDonald’s

iii) Meletakkan bawang secara terus di atas kepingan daging semasa ia sedang dipanggang.

iv) Kepingan keju yang diimport dari New Zealand, dilembutkan sempurna dengan purata suhu 17.5 darjah Celsius.

v) Menggunakan bekas simpanan sayur-sayuran yang lebih kecil agar ia kekal segar dan rangup.

vi) Menambah lebih banyak sos Big Mag untuk memperkayakan rasa daripada permulaan kunyahan sehingga akhir.

Baca juga: Akui genetik punca lambat kurus, Fasha Sandha ‘workout’ dan tak sentuh nasi 2 minggu. Hasilnya buat ramai kagum!

Melati menambah, dalam merealisasikan rasa yang menakjubkan itu, McDonald’s juga menaik taraf kelengkapan dapur di lebih 300 restoran cawangan di seluruh negara.

Iklan
Kredit foto: McDonald’s

Bukan itu sahaja, latihan yang menyeluruh turut diberikan kepada setiap kru McDonald’s agar mereka dapat membiasakan diri dengan proses penyediaan dan masakan yang baharu.

Akhir sekali, sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan, McDonald’s memperkenalkan promosi istimewa selama satu hari pada 15 Oktober.

Peminat daging burger boleh membeli Double Cheeseburger Medium, hanya RM10.95.

Promosi tersebut ditawarkan di semua restoran McDonald’s di seluruh negara sama ada makan di restoran, pandu lalu atau penghantaran ke rumah.

Iklan

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.mcdonalds.com.my

Baca juga: 4 lokasi ice-skating mengujakan, pilihan liburan cuti hujung minggu buat si kecil

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi