Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

BAGI penggemar drama tempatan era 1990-an, pasti mengenali susuk tubuh pelakon popular bernama, Azah Aziz.

Bekas model itu kini berhijrah ke Montreal, Kanada bersama suaminya, Daud Leroy Abdullah dan tiga anak lelaki mereka yang kian meningkat dewasa.

Melihatkan penampilan dirinya, siapa sangka usia beliau kini sudah separuh abad.

Pada Ogos lalu, selebriti itu genap 50 tahun.

Namun, empunya diri dilihat masih ‘bergetah’ dan tetap menawan.

Baca ni Kekal cantik pada usia 43 tahun, rupanya ini rahsia awet muda Sarimah Ibrahim

Tidak hairanlah, setiap kali memuat naik gambar bersama anak-anak,  ramai yang memuji.

Bahkan, ada yang mengatakan beliau kelihatan seperti kakak kepada anak-anak terunanya.

Iklan
Iklan

“Tiada sebarang pembedahan, pengambilan suntikan botox mahupun pil diet. Sebaliknya saya percaya dengan perlindungan pada wajah pada awal usia. Itulah saya amalkan sejak umur 20-an lagi,” ujar pemilik nama sebenar, Norazah Aziz ketika mendedahkan rahsia cantiknya.

Malah, bekas pelakon drama Astana Idaman itu juga tidak segan mengaku dirinya sebagai ratu krim.

“Pelbagai jenis krim saya amalkan setiap hari. Baik pelembab, krim siang, krim malam dan sebagainya  untuk wajah, bawah mata dan sebagainya.

“Setiap kali selepas memakai mekap,  wajib untuk pastikan wajah dicuci bersih. Diikuti dengan pemakaian krim perlindungan,” kongsinya sambil mengakui pemakaian krim tetap diamalkan walaupun hanya duduk di rumah.

Bagi menurunkan berat badan pula, Azah mempraktikan pengambilan makanan sihat.

Beliau juga rajin berkongsi menu sihat harian menerusi laman instagramnya.

Selain itu, untuk kekal fit, wanita itu akan bersenam yang membantunya mendapatkan bentuk badan yang cantik.

“Berat badan saya sebelum ini 63 kilogram (kg). Dek kerana usikan anak- anak yang mengatakan saya nampak chubby, membuatkan saya nekad untuk menurunkan berat badan.

“Dalam tempoh lima bulan, saya hilang 15kg. Alhamdulillah, percaturan saya berjaya.

“Caranya mudah sahaja. Saya berlari, mendaki setiap hari dan berjalan kaki untuk mendapat 10, 000 ribu langkah sehari. Untuk sarapan, saya hanya ambil teh hijau, manakala makan tengah hari pula dalam kuantiti yang sedikit.

 

“Saya juga lebihkan pengambilan protein dan kurangkan karbohidrat. Nasi tetap saya ambil, tetapi hanya dua sudu. Orang Melayu mana boleh tinggal nasi kan,” seloroh Azah sambil menolak pengambilan pil diet dan makanan tambahan lain.

Bibirnya juga tidak pernah lekang dek senyuman, selain berfikiran positif dan happy go lucky.

Mungkin itu antara penambah rencah untuk nampak cantik dan awet muda.

Sumber: Instagram azahmontreal

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI

untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

Hidap jantung berlubang sejak 2016, pelajar Tingkatan Dua maut merentas desa

MERENTAS desa salah satu agenda wajib di peringkat sekolah rendah mahupun menengah. Diadakan setahun sekali,…

8 hours ago

Kronologi beras, tepung, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah hingga dikutip orang, 10 fakta sebenar perlu tahu, rupa-rupanya…

BARU-baru ini tular beberapa gambar serta video yang memaparkan sejumlah beras dan makanan mentah seperti…

10 hours ago

‘Comel dan handsome anak-anak, wife pun lawa.’ Potret keluarga Jamal Abdillah bikin ramai teruja

'Comel dan handsome anak-anak, wife pun lawa.' Potret keluarga Jamal Abdillah bikin ramai teruja SAMBUTAN…

10 hours ago

Tergamaknya! Asbab calar kereta, 3 beradik kematian ibu dihalau & dihina runtun hati warga maya

'TERGAMAKNYA buat kepada darah daging sendiri'! Demikian komen warga maya yang mengikuti video tular remaja…

11 hours ago

Dikejarkan ke hospital, Lana Nodin alami jangkitan usus. ‘Doakan saya cepat sembuh.’

BERITA pelakon dan usahawan Lana Nodin jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital menjadi kejutan kepada…

17 hours ago

Kitar semula botol terbuang hingga 95 peratus, ini cara kreatif selamatkan bumi

BUAT pertama kalinya di Malaysia, Bio-Home memperkenalkan Stesen Pengisian Semula Eco untuk mengitar semula botol…

17 hours ago