BAGI pelancong Muslim, perkara yang menjadi pertimbangan utama dan sangat dititikberatkan apabila ingin melancong ke luar negara dengan menaiki kapal pelayaran adalah makanan yang halal.

Pun begitu, jika berlayar dengan Resorts World Cruises, kita tidak perlu berasa bimbang kerana The Lido, iaitu salah satu restoran yang terdapat di atas kapal pelayaran Genting Dream, sudah menerima sijil halal yang sah bagi tempat khas di restoran ini.

Menurut Presiden Resorts World Cruises, Michael Goh, Genting Dream merupakan kapal pelayaran mesra-halal pertama di dunia menerima sijil pengesahan berdasarkan standard Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ‘Stardards and Metrology Institute for Islamic Countries (SMIIC)’, termasuk penyediaan kawasan khas di Lido yang menawarkan makanan halal.

“Pihak kami memastikan langkah-langkah yang sepatutnya diikuti untuk memenuhi piawaian halal seperti dapur dan segala kelengkapannya adalah untuk memasak makanan halal sahaja. Termasuk lif juga kami asingkan.

“Jadi para penumpang beragama Islam yang berlayar bersama Genting Dream dapat menikmati makanan yang disediakan tanpa rasa ragu-ragu dan selamat,” kata Michael Goh ketika melancarkan pelayaran pertama Genting Dream bersama Resorts World Cruises di Singapura pada 15 Jun lalu.

Baca juga: Cantik! Pantai Floria Putrajaya kini sudah dibuka, ini 8 foto keindahan

Bermula 1 Julai, Resorts World Cruises akan beroperasi sepenuhnya dari Singapura dengan menawarkan pelayaran dua malam dan tiga malam ke destinasi menarik seperti ke Bintan / Batam di Indonesia.

Genting Dream turut akan menawarkan pelayaran khas dari Port Dickson dengan pelayaran tiga malam Pulau Pinang-Singapura, serta pelayaran empat malam Singapura-Pulau Bintan/Batam-Singapura.

Kemudian pada bulan Oktober, Resorts World Cruises akan meluaskan pelayarannya bertolak dari Singapura ke Langkawi (Malaysia), Bali dan Surabaya (Indonesia) dan Phuket serta Krabi (Thailand).

Iklan

Selain makanan halal, terdapat pelbagai lagi tarikan menarik yang terdapat di atas kapal ini antaranya menyaksikan pelbagai persembahan hiburan secara live, taman tema air yang luas, pusat rawatan kecantikan, dan butik membeli-belah bebas cukai.

Baca juga: Wow! Bercuti 10 hari ke Turki hanya RM3,444, lelaki ini kongsikan

Iklan

Baca juga: Kuantan 188, menara kedua tertinggi di Malaysia daya tarikan Pahang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan