MEMBACA boleh dikaitkan dengan aktiviti berfaedah dan diibaratkan seperti jambatan dalam menimba ilmu.

Dalam pada itu, lokasi di Gua Hira’, Rasulullah SAW menerima wahyu pertama apabila didatangi malaikat Jibril a.s yang mengajar baginda membaca lima ayat pertama dalam surah al-Alaq yang bermaksud seperti di bawah:

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhan yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui.”

Berkisar mengenai itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menyediakan beberapa koleksi buku cerita rakyat yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk menidurkan anak masing-masing.

Lebih menarik, banyak masa dihabiskan di rumah bersama-sama anak-anak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Ala-ala bed time story macam tu…

Antara kisah cerita rakyat yang telah disediakan ialah Puteri Limau Purut, Puteri Bintang Terang, Sumpah Kansuring dan Puteri Delima.

Beberapa kisah cerita rakyat tersebut boleh didapati secara percuma di Twitter Dewan Bahasa dan Pusaka manakala kisah rakyat lain juga boleh didapati di pautan https://dbpniaga.my/ dengan harga serendah RM6.90.

Iklan

Jadi, terapkan amalan membaca kepada anak anda daripada usia muda lagi.

Pastinya detik itu akan dirindui saat-saat ibu atau ayah membacakan cerita sebelum dibuai mimpi indah.

Diakui bercerita sebelum tidur mampu mengeratkan hubungan kasih sayang dalam keluarga.

Iklan

#MalaysiaMembaca #PastiAdaSinar

Sumber: Siri Buku Cerita Ceritalah Lagi 3 dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)