PELAKON, pengacara dan usahawan, Ashraf Muslim reda apabila masih perlu berada di wad rawatan Covid-19 Hospital Sungai Buloh.

Ashraf, 39, ditahan di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) di Hospital Sungai Buloh yang dijadikan wad bagi menempatkan pesakit Covid-19 sejak 15 April lalu.

“Masih dalam uniform ini (baju pesakit). Insya-ALLAH saya redha dengan pilihan NyA.. Terima Kasih ALLAH…,” tulisnya.

Iklan

Ashraf pada 15 April lalu memberitahu hasil saringan Covid-19 mendapati dia positif virus pandemik itu setelah pulang daripada menjalani penggambaran drama di Scotland.

Iklan

Sebelum itu, rakannya, Puteri Aishah turut positif tetapi telah sihat dan dibenarkan keluar wad.