TIDAK semua wanita hamil akan melalui proses bersalin dengan mudah.

Mungkin ada di antara mereka yang terpaksa menunggu berjam-jam untuk melahirkan bayi.

Ia sememangnya satu tempoh sukar bagi golongan itu kerana terpaksa melalui masa yang panjang dengan kesakitan kontraksi.

Pun demikian, ada satu kepercayaan turun-temurun yang diwarisi oleh ibu bapa sehingga kini. Tidak lain tidak bukan adalah mengamalkan minum air selusuh.

Air berkenaan dikatakan boleh memudahkan proses bersalin dan kurang rasa sakit.

Baca juga: Salah makan ubat, kurang minum air, stres, kafein punca migrain. Ini cara paling ampuh atasinya

Baru-baru ini, kisah penggunaan air selusuh turut mendapat perhatian Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Sunway, Dr Sharmina Kamal Shamsul Kamal.

Dalam video yang dikongsi menerusi laman sosial Instagram miliknya, Dr Sharmina Kamal menjelaskan, penggunaan air berkenaan yang hanya dibacakan doa tidak memberi apa-apa kesan kepada kandungan.

“Namun air selusuh yang telah dicampurkan dengan herba atau akar mungkin membantu wanita yang berdepan dengan kontraksi, tetapi keberkesanannya tidak dapat dibuktikan,” terangnya.

Dr Sharmina Kamal menambah, pengambilan air tersebut boleh mendatangkan komplikasi kepada si ibu dan anak. Berikut antara kesan-kesannya:

i) Bayi di dalam kandungan boleh menjadi stres dan berupaya menyebabkan si comel lemas. Apabila perkara itu berlaku, si ibu terpaksa menjalani proses bersalin secara pembedahan untuk menyelamatkan anak.

ii) Kesan pengambilan air itu juga boleh menyebabkan bayi tertekan lalu terberak di dalam rahim.

Iklan

iii) Bagi si ibu yang pernah menjalani proses bersalin secara pembedahan, mereka mungkin berhadapan dengan risiko belahan kulit terbuka semula.

Bagi wanita yang kini sedang menunggu hari untuk bersalin, seboleh-bolehnya elakkan pengambilan sebarang makanan atau minuman yang tidak disarankan oleh pakar.

Itu semua bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Padahnya bukan orang lain yang tanggung, tetapi diri sendiri yang merana. Jangan terikut-ikut sangat dengan kata orang ya.

Iklan

Baca juga: Tiba-tiba rasa pening sampai susah nak buat kerja, pengamal perubatan ini terangkan punca dan akibat

Baca juga: Kencing manis: Ibu hamil kena lebih hati-hati elak air ketuban berlebihan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan