PADA zaman milineal, ibu bapa seolah-olah telah menormalisasikan gaya hidup anak-anak dengan memberikan peranti elektronik seperti telefon bimbit.

Tujuannya adalah supaya si kecil tidak merengek dan leka dengan apa yang terhidang di depan skrin.

Perkara berkenaan bukan sahaja berlaku di negara kita sahaja, tetapi berlaku di seluruh dunia.

Menurut Paw Research Center, satu kajian telah dijalankan ke atas separuh golongan remaja Amerika Syarikat yang bersetuju bahawa mereka didedahkan dengan penggunaan telefon pintar sejak kecil lagi.

Bagaimanapun, adakah ibu bapa menyedari bahawa tindakan yang mereka ambil itu sebenarnya mendorong kepada tumbesaran negatif si kecil?

Hal tersebut turut mendapat perhatian Doktor Perubatan Swasta, Klinik Hijraa Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu, Dr Ahmad Samhan Awang yang menulis satu ciapan berkenaan pendedahan gajet ke atas budak kecil.

Kata Ahmad Samhan, pendedahan penggunaan telefon pintar mahupun tablet bukan sahaja akan membawa kepada gangguan tumbesaran anak-anak, malah fokus mereka boleh terganggu di samping mendedahkan golongan itu kepada masalah kesihatan lain.

Memperincikan lebih lanjut, berikut 10 bahaya yang menanti golongan kanak-kanak seandainya tabiat menghadap gajet terus diamalkan:

1. Tumbesaran otak terbantut.
– Kanak-kanak tidak memerlukan peranti elektronik untuk membantu perkembangan otak kerana masih ada banyak cara lagi untuk membantu seperti bacakan buku dan bercakap dengan mereka.
– University of Washington menjelaskan, sebelum kanak-kanak boleh berbicara, otak mereka membesar tiga kali ganda dan banyak proses pembelajaran yang berlaku sebelum usia mencapai lima tahun.

2. Sistem kognitif terganggu
– America Academy of Pediatrics mengatakan, tiada rancangan pendidikan untuk kanak-kanak di bawah dua tahun kerana mereka tidak mempunyai keupayaan kognitif untuk memahami program tersebut.
-Pendedahan kepada program seperti itu akan mengganggu proses mula bercakap dan masa anak-anak berborak bersama ibu bapa.

3. Perkembangan fizikal terbantut
– Kanak-kanak yang menghabiskan masa di depan skrin akan membuatkan perkembangan fizikal mereka terbantut kerana kelebihan melakukan aktiviti fizikal selama 10 minit mampu mengubah cara otak berfungsi.

4. Tingkah laku anak-anak menjadi agresif
– Kanak-kanak yang begitu taksub dengan permainan video akan membawa kepada pembentukan tingkah laku yang tidak sepatutnya.
– Sesetengah permainan yang terdapat di internet menggambarkan seks, pembunuhan, penyeksaan dan kecacatan boleh mendorong kanak-kanak bertindak sedemikian.

5. Masalah gangguan tidur
– Paparan skrin telefon akan mengeluarkan cahaya biru akan mengganggu pengeluaran hormon melatonin iaitu hormon yang mengawal tidur dan bangun seseorang.
– Jauhkan anak-anak daripada bermain peranti berkenaan sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Baca juga: Apabila ibu rengsa jadi seorang ibu, itu petanda parental burnout. Ini inti pati yang ramai perlu tahu

6. Obesiti
– Akibat terlalu selesa dan seronok dengan telefon pintar dan tablet, ia akan mendorong anak-anak untuk tidak melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
– Jika perkara itu berterusan, risiko obesiti akan meningkat.

Iklan

7. Kurang berinteraksi


– Kanak-kanak yang begitu asyik bermain telefon akan menyebabkan mereka menjadi seorang individu yang kurang bersosial dan tidak hiraukan keadaan sekeliling.

8. Risiko barah otak
– Kanak-kanak berisiko menghidap barah otak kerana kanak-kanak boleh menyerap lebih 60 peratus radiasi ke dalam otak disebabkan kulit otak, tisu-tisu dan tulang yang lebih nipis.

9. Gangguan psikologi
– Membiarkan anak dengan peranti elektronik melebihi 32 jam akan membawa kepada masalah psikologi seperti kemurungan, defisit perhatian dan tingkah laku bermasalah.

10. Rosak penglihatan
– Kesan penggunaan instrumen itu akan membawa kepada masalah penglihatan kabur dan rabun jauh.

Iklan

Justeru, hadkan penggunaan telefon pintar demi kesejahteraan anak-anak, corak kehidupan mereka bergantung kepada cara didikan kita sebagai ibu bapa.

Baca juga: Elak bawa ke pawagam, doktor dedah 4 risiko terhadap kesihatan bayi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.