BUKAN mudah tugas sebagai seorang ibu bagi memastikan anak-anak makan makanan sihat terutamanya dalam pengambilan sayur-sayuran.

Kurangnya pengambilan tumbuhan yang boleh dimakan itu, sememangnya akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh kanak-kanak.

Khasiat makanan tersebut tidak dapat disangkal lagi. Selain kaya dengan serat, sayuran penuh dengan mineral dan vitamin seperti A, B1, B2, B3, B5 serta banyak lagi.

Pun demikian, tidak semua kanak-kanak suka untuk makan sayur-sayuran kerana rasanya yang pahit.

Justeru, para ibu perlulah memainkan peranan bagi memastikan anak tersayang menerima khasiat yang cukup untuk tumbesaran.

Bagi mereka yang ketandusan idea tentang cara untuk membuatkan anak-anak makan sayur, laman perubatan Healthline ada solusinya.

Kredit foto: Gustavo Fring

Berikut 10 cara kreatif yang dikongsikan, antaranya:

1. Masak sup yang berasaskan sayur-sayuran

– Menyediakan hidangan berkuah dengan penambahan sayur di dalamnya akan meningkatkan pengambilan serat, vitamin dan mineral.

Baca juga: Jangan pandang ringan kalau kena tonsil, pembedahan terpaksa dilakukan jika susah nak bernafas

2. Masak lasagna zucchini

– Gantikan lapisan pasta lasagna dengan zucchini adalah pilihan terbaik kerana ia akan mengurangkan kadar karbohidrat hidangan.
– Zucchini baik untuk tubuh kerana ia kaya dengan vitamin B, vitamin C dan serat

3. Masak mi yang diperbuat daripada sayur-sayuran

Kredit foto: Engin Akyurt

– Cara penyediaan mi sayur begitu mudah sama ada dicarik, hiris secara halus atau dipotong mengikut cita rasa sendiri.
– Sebaik sahaja mi sayur siap dimasak, orang ramai boleh menikmati hidangan itu dengan sajian sampingan yang lain.

4. Tambah sayur-sayuran ke dalam sos

– Cara yang terbaik untuk memastikan anak-anak makan sayur-sayuran adalah dengan menambahkan serat itu ke dalam sos.
– Contohnya masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong dadu atau halus ke dalam masakan.

5. Gantikan penggunaan tepung kepada bunga kubis dalam penghasilan kerak piza.

– Menggantikan kerak piza dengan bunga kubis adalah satu idea yang baik kerana 100 gram sayuran itu mengandungi 5 gram karbohidrat bersamaan 26 kalori.

6. Masukkan sedikit sayur sewaktu membuat smoothie.

Kredit foto: Toni Cuenca

– Penambahan sayur-sayuran ke dalam bancuhan smoothie buah-buahan sama sekali tidak akan menjejaskan rasa. Sebaliknya, ia bagus kerana dapat menjadikan hidangan itu kaya dengan pelbagai nutrisi.
– Biasanya sayur-sayuran segar seperti timun, bayam dan kangkung dijadikan sebagai bahan tambahan dalam menghasilkan smoothie.

7. Masak telur dadar dengan tambahan sayur-sayuran

– Cara yang paling mudah untuk memastikan anak-anak makan sayur adalah dengan menambah bahan itu (sayur) ke dalam telur.
– Pun demikian, bagi memastikan anak-anak lebih tertarik untuk menikmati telur dadar, para ibu boleh menambah inti seperti keju dan daging agar ia lebih menyelerakan.

Iklan

8. Sediakan kebab dengan sayuran panggang

Kredit foto: Alex Green

– Penyediaan hidangan kebab seharusnya ada sayur-sayuran panggang yang mana rasa akan lebih menyelerakan.
– Bagi melengkapkan lagi sajian, para ibu boleh menambah lada benggala, bawang, cendawan, zucchini dan tomato.

9. Gantikan nasi kepada bunga kubis

– Orang ramai disarankan untuk menukar pengambilan nasi kepada bunga kubis.
– Hal itu kerana sayur berkenaan mengandungi karbohidrat yang lebih rendah berbanding nasi biasa dan ia juga tinggi dengan vitamin C, K, folat dan kalium.
– Cara menikmatinya adalah boleh dimakan secara mentah atau dicampur ke dalam masakan lain.

10. Sediakan oat yang enak

Kredit foto: JÉSHOOTS

– Biasanya oat dihidangkan dengan buah segar dan kismis, ia juga boleh disediakan dengan menambah telur, rempah ratus dan sayur-sayuran.
– Hidangan oat yang terbaik adalah dengan tambahan sayur seperti cendawan dan kangkung kerana ia tinggi dengan protein, vitamin D, B12.

Seperkara yang SinarPlus mahu ingatkan, sajian sayur untuk orang dewasa tidak seharusnya sama untuk kanak-kanak kerana mereka sememangnya menolak untuk makan sekiranya ia dihidangkan secara jelas.

Iklan

Langkah yang terbaik adalah dengan kisar halus sayur-sayuran dan campurkan ia ke dalam masakan.

Selamat mencuba!

Baca juga: Kepala kanak-kanak terhentak di lantai beri implikasi serius. Ini ibu bapa perlu tahu

Baca juga: Isteri luah rasa sedih suami kembali merokok. Pakar perjelas implikasi asap rokok terhadap orang sekeliling

Kredit foto utama: August de Richelieu 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.