SEBUT sahaja berkenaan bantal busuk, bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga ‘sinonim dengannya’.

‘Barangan berharga’ itu ibarat item wajib perlu ada sebelum tidur. Kalau tiada, memang jadi banyak hal.

Kita lupakan bantal busuk dengan orang dewasa, fokus SinarPlus sebenarnya adalah bertumpu pada kanak-kanak.

Baru-baru ini Pegawai Perubatan Pediatrik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor, Dr Redza Zainol, memuat naik ciapan di laman sosial, Twitter, tentang mengenai bantal busuk.

Kredit foto: Pexels

Beritahu Dr Redza, apabila kanak-kanak terpaksa berjauhan dengan mak ayah, mereka sebenarnya rasa tidak selesa dan gelisah.

Baca juga: Salah makan ubat, kurang minum air, stres, kafein punca migrain. Ini cara paling ampuh atasinya

“Jadi penggunaan bantal itu adalah untuk mengurangkan rasa tidak selamat. Apabila anak-anak dapat peluk dan pegang bantal busuk, terus mereka rasa tenang, selesa dan terpelihara,” ujarnya.

Dalam perkongsian itu, Dr Redza menjelaskan, kanak-kanak boleh berenggang dengan benda kesayangan mereka itu hanya pada usia dua hingga lima tahun.

Kredit foto: Pexels

Namun, jika mereka sudah mencecah umur itu dan masih tidak boleh berenggang, maka ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengurangkan rasa taasub anak-anak terhadap bantal berkenaan.

Berikut lima perkara yang boleh dipraktikkan seperti yang dicadangkan pegawai perubatan itu:

Kredit foto: Pexels

1. Ibu bapa perlu peluk dan beri perhatian kepada anak-anak setiap hari tanpa culas supaya mereka tidak bergantung kepada bantal busuk untuk mendapatkan ketenangan.

2. Cipta alasan untuk anak-anak berenggang dengan bantal itu supaya ada had masa dalam penggunaan barangan tersebut.

3. Minta anak-anak supaya jaga bantal busuk dengan sebaik-baiknya seperti basuh agar ia bersih.

4. Jangan sesekali ibu bapa bertindak memperlekehkan bantal kesayangan mereka.

5. Elak untuk memaksa anak-anak tinggalkan bantal itu sekiranya mereka masih belum bersedia untuk berpisah.

Iklan
Kredit foto: Pexels

Pada kesempatan itu, Dr Redza turut menasihati ibu bapa supaya basuh bantal busuk anak dengan kerap.

Justeru, elak biarkan ia bertukar warna menjadi coklat dan bercapuk kerana akan memberi masalah kepada kesihatan si kecil.

Mereka mudah untuk demam dan batuk kerana bantal itu sudah menjadi sarang bakteria.

Pastikan bantal, kain atau anak patung anak-anak sentiasa dalam keadaan yang bersih supaya kesihatan mereka terjamin.

Iklan

Baca: Tiba-tiba rasa pening sampai susah nak buat kerja, pengamal perubatan ini terangkan punca dan akibat

Baca juga: Kanak-kanak pun ada migrain? Ini 7 cara paling baik bantu si kecil atasi penyakit ini

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan