TABIAT mengigau atau meracau semasa sedang tidur boleh dialami oleh sesiapa sahaja tidak kira dalam kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Merujuk National Sleep Foundation, mengigau atau dalam istilah perubatan, somniloquy merupakan gangguan tidur yang membuatkan seseorang bercakap-cakap ketika lena, tetapi tidak menyedarinya.

Mengigau boleh sahaja terjadi dalam pelbagai tingkah laku seperti sedang berkemam, bermonolog dengan ayat yang rumit dan kadangkala pelik, berbual serta bercakap kosong.

Pada masa sama, ‘gangguan’ itu boleh jadi aneh dan lucu. Pun demikian, ia berpotensi menjadi situasi yang menakutkan.

Ramai bertanya, adakah perilaku berkenaan adalah satu hal yang biasa atau sememangnya serius sehingga memerlukan rawatan pakar?

Untuk menjawab pertanyaan itu, SinarPlus menemui Pakar Perunding Keluarga di Klinik Temasya, Shah Alam, Selangor Dr Ayu Hasida Hassan.

mengigau

Dr Ayu Hasida berkata, 50 peratus kanak-kanak akan mengalami masalah mengigau dalam lingkungan umur dua hingga 15 tahun.

“Terdapat juga sebahagian kes kanak-kanak yang mengalami fenomena itu seawal usia enam bulan lagi,“ katanya.

Jelas pakar tersebut lagi, situasi tersebut bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana ia adalah salah satu tindak-tanduk yang normal dalam kehidupan.

mengigau

“Seseorang akan mengalaminya sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Masalah itu juga biasanya akan hilang setelah kanak-kanak memasuki fasa remaja kerana ketika itu mereka sudah mula matang dan corak gaya hidup mulai teratur,“ katanya.

Berdasarkan rekod, hanya 5 peratus sahaja anak kecil yang mengigau terbawa-bawa perangai itu sehingga menjengah ke alam dewasa.

Baca juga Anak sukar tidur lena, kerap tak sihat, ini tip mudah dikongsi doktor

Apakah sebab-sebab yang bikin si kecil berdepan dengan perilaku itu? Jawapannya, adalah berkait rapat dengan pengaruh psikologi dan fizikal.

mengigau
mengigau

“Boleh jadi juga ia berpunca daripada sejarah keluarga yang berdepan dengan tabiat sebegitu,“ terangnya.

Selain itu, Dr Ayu Hasida turut mengemukakan beberapa alasan lain yang menyumbang. Antaranya seperti:

  • Terlalu penat atau aktif dengan aktiviti harian.
  • Emosi terganggu disebabkan banyak menangis.
  • Perubahan persekitaran seperti sekolah atau rumah baharu.

mengigau

 

  • Menonton cerita hantu atau ada hal-hal yang menakutkan mereka.
  • Faktor kesihatan seperti jangkitan telinga dan tekak.
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat batuk.

Jangan panik

Mengulas lanjut, pakar itu berkata, mengigau boleh berlaku dalam dua keadaan yang dikenali sebagai Rapid Eye Movement (REM) atau Non-REM Sleep.

“Biasanya ketika REM, seseorang itu telah tidur dengan nyenyak dan akan mula bermimpi sehingga menyebabkan berlakunya masalah mengigau itu.

mengigau

“Ketika Non-REM pula, ia terjadi dalam beberapa fasa iaitu apabila seseorang memasuki fasa tidur yang sangat nyenyak,“ katanya.

Sementara itu, merujuk portal Healthline, terdapat dua tahap keterukan yang boleh dinilai ke atas mereka yang berdepan dengan situasi itu:

i) Peringkat 1 dan 2

Individu tidak tidur lena seperti peringkat 3 dan 4 serta pertuturan mereka lebih mudah difahami.

Mereka yang mengigau pada tahap ini, lazimnya mempunyai perbualan logik akal secara keseluruhan.

ii) Peringkat 3 dan 4

Iklan

Pada peringkat ini, seseorang tidur lebih nyenyak dan pertuturannya sukar untuk difahami.

Dalam hal tersebut, Dr Ayu Hasida turut berkongsi pandangannya. Ujar beliau, mengigau tidaklah seteruk seperti gangguan tidur yang lain termasuk night terror dan sleep walking.

mengigau

Night terror antara lain menyebabkan kanak-kanak meracau dan menangis, manakala sleep walking menyebabkan kanak-kanak berjalan ketika tidur.

“Kedua-duanya boleh mendatangkan kecederaan seperti terjatuh tangga atau terlanggar objek berbahaya,“ jelasnya.

Baca juga Sukar tidur malam? Berikut tanda-tanda lain tubuh memberi isyarat keletihan

Justeru, apa kaedah terbaik yang ibu bapa boleh lakukan seandainya anak mereka sedang berdepan dengan keadaan sedemikian rupa?

mengigau

Terang beliau, mak ayah atau penjaga tidak perlu terlalu panik. Amalkan sikap bertenang dan tidak perlu berbuat apa-apa.

Ini ekoran fenomena berkenaan hanya akan berlarutan selama beberapa minit sahaja.

Iklan

“Setelah itu, anak-anak akan masuk pada fasa nyenyak semula dan keesokannya mereka juga tidak akan ingat kejadian mengigau itu,“ katanya.

Namun, Dr Ayu Hasida berpesan agar rutin tidur anak-anak dijaga dengan baik.
Antaranya dengan menyusun jadual waktu tidur yang sama pada setiap hari.

Ujar pakar itu lagi, tiada rawatan khusus yang perlu diberikan.

mengigau

Bagaimanapun, kata Dr Ayu Hasnida, doktor akan melakukan diagnosis jika gangguan tidur itu berpunca daripada sebarang masalah kesihatan yang lain.

“Mungkin ia ada kaitan dengan obesiti, sinus, sleep apnea (gangguan tidur yang mengganggu pernafasan seseorang saat tidur) dan juga tonsil yang boleh menyebabkan si kecil mengalami masalah gangguan tidur.

“Justeru, ibu bapa dinasihatkan beri perhatian terhadap perubahan anak-anak yang mengigau,“ katanya. – NUR SUHAIMA NORDIN

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.