BUAT pasangan yang baharu sahaja mempunyai seorang anak, pasti pernah berhadapan dengan situasi anak menjadi hiperaktif.

Keadaan tersebut sudah tentu membuatkan kalian runsing kerana tidak mengetahui cara yang terbaik untuk mengawal perilaku si cilik.

Kalau kali pertama bergelar mak ayah, lagilah kita rasa cuak.

Sudah tentunya, ibu bapa muda memerlukan tunjuk ajar daripada pakar atau individu yang berpengalaman.

Kredit foto: cottonbro studio

Bagi mereka yang mempunyai anak hiperaktif, kalian perlu awasi tingkah laku mereka dengan teliti.

Baca juga: Jangan sesuka cium mulut bayi. Perilaku kita mungkin menyebabkan nyawa si comel melayang

Mengapa? Ini kerana perilaku tersebut adalah petanda awal kepada masalah hiperaktif dan kekurangan tumpuan (ADHD).

Pun demikian, WebMD menjelaskan, bukan mudah untuk seseorang didiagnosis ADHD.

 

Kredit foto: Ketut Subiyanto

Ini kerana tiada satu ujian pun yang dapat dilakukan untuk mengesahkan seseorang ada penyakit tersebut.

Beritahu laman perubatan itu lagi, untuk mengenal pasti seseorang ada ADHD, doktor perlu mengetahui punca berlakunya hiperaktif, sama ada ia terjadi disebabkan stres atau gangguan emosi.

Berikut disenaraikan simptom-simptom seseorang memiliki ciri-ciri ADHD:

i) Tidak boleh duduk diam.
ii) Bercakap tanpa henti.
iii) Tidak boleh lakukan tugasan dengan senyap.
iv) Bertindak untuk berlari dari satu tempat ke satu tempat.
v) Sentiasa meninggalkan tempat duduk, melompat, atau memanjat perabot.
vi) Tiada mempunyai kesabaran.
vii) Memberi komen pada masa yang tidak sesuai.
viii) Menyampuk perbualan.
xi) Mempunyai masalah untuk menunggu giliran atau berdiri dalam barisan.

Kredit foto: Pixabay

Dalam pada itu, Pakar Psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rozanizam Zakaria, berkongsi tip untuk mengendalikan anak yang hiperaktif.

Berikut tujuh saranan yang dikongsinya:

i) Rutin yang teratur
– Ibu bapa perlu menyediakan rutin harian yang teratur untuk anak yang hiperaktif.
– Jadualkan aktiviti harian dan pastikan mereka ikut secara konsisten.
– Sebagai contoh, wujudkan jadual seperti di sekolah.

ii) Pastikan aktiviti yang dilakukan seimbang

Kredit foto: RODNAE Productions

– Mak ayah perlu memastikan anak-anak yang hiperaktif mempunyai aktiviti aktif dan pasif sama banyak sepanjang hari.

iii) Jangan cepat melatah.
– Untuk pengetahuan semua, anak-anak yang hiperaktif akan mencipta banyak ‘drama’ seperti marah, mengamuk dan bertindak melulu.
– Sekiranya mereka bertindak sedemikian, jangan cepat melatah. Sebaliknya pilih yang mana perlu diselesaikan dan diabaikan.

Iklan

iv) Beri pilihan pada anak
– Contoh keadaan seperti ibu bapa meminta anak untuk membuat pilihan sama ada mahu bermain permainan pertama atau kedua.

v) Tetapkan aturan

Kredit foto: RODNAE Productions

– Maklumkan kepada anak terlebih dahulu tentang sesuatu perkara. Contohnya, sebelum keluar ke pusat beli-belah, mereka perlu bersikap baik. Jika mereka gagal berbuat demikian, nyatakan akibat yang bakal dihadapi.

vi) Peka keadaan anak
– Sebagai ibu bapa yang ada anak hiperaktif, kalian perlu tahu situasi yang akan mengakibatkan masalah.
– Contohnya, anak akan mengamuk apabila berada di kedai makan, jadi amat digalakkan untuk makan dahulu sebelum keluar.

vii) Pujian
– Sentiasa berikan pujian atau hadiah sekiranya mereka menunjukkan perilaku yang baik.

Sekiranya, kalian tertanya-tanya mengapa anak-anak terlalu aktif, anda digalakkan untuk berjumpa pakar untuk mengetahui punca sebenar.

Iklan

Lebih baik hal itu dicegah lebih awal bagi mengelak keadaan menjadi parah.

Baca juga: Sakit perut, muntah, rupanya 1 kg cacing gelang bersarang dalam usus kanak-kanak

Baca juga: Diuji anak sakit, suami kaki dadah? Ini saranan pakar buat para isteri diuji dugaan hidup

Kredit foto utama: Isabel Couan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi