PERUT buncit bukanlah satu ‘pemandangan‘ yang pelik, baik dalam kalangan kaum Adam atau Hawa.

Justeru, setiap daripada kita mengandaikan bahawa hal itu satu perkara yang tidak perlu dirisaukan. Malah, masyarakat sering memikirkan lelaki yang berperut buncit selepas berkahwin, petanda mereka cukup bahagia.

Tanggapan klise itu mendorong SinarPlus untuk memperbetulkan persepsi salah berkenaan.

Menurut Medical News Today, perut yang gendut berlaku disebabkan amalan diet yang tidak seimbang, kurang bersenam atau seseorang itu berasa tertekan.

Terdapat juga faktor-faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan tersebut. Antaranya seperti genetik, pengambilan alkohol berlebihan, amalan merokok, kekurangan tidur termasuk ketidakseimbangan bakteria di dalam usus.

Bagi mendapatkan pencerahan lanjut, kami mewawancara Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia, Dr Zubaidi Ahmad.

Jelas Dr Zubaidi, sebenarnya buncit dikategorikan sebagai sebahagian daripada obesiti.

“Punca utama masalah tersebut disebabkan pengumpulan lemak di bawah lapisan kulit iaitu pada bahagian abdomen bagi lelaki. Apabila tenaga yang diperoleh tidak digunakan semula, proses itu (pengumpulan lemak) akan berlaku.

“Pada mulanya tenaga yang tidak digunakan akan disimpan sebagai glikogen di dalam hati dan juga otot. Apabila mencapai takat had penyimpanannya, glikogen tadi akan bertukar menjadi lemak. Jika anda memilih untuk tidur selepas makan, ‘kitaran‘ dinyatakan itu akan terjadi,“ jelas beliau.

Bagi wanita pula, pegawai perubatan terkenal itu memberitahu, lemak golongan itu akan berkumpul pada paha dan punggung sebelum berpindah ke bawah kulit perut.

Bahana

Kata Dr Zubaidi, pandangan yang mengatakan bahawa perut buncit sebagai satu gaya hidup yang tidak mendatangkan apa-apa risiko kepada kesihatan perlu dibuang jauh-jauh.

Mengapa? Ini kerana kondisi berkenaan sebenarnya satu permulaan kepada berlakunya keradangan!

Baca juga: Tak perlu sampai berlapar atau ‘seksa diri’ semata-mata mahu kurus. Ketahui 4 langkah ideal ini

“Buncit boleh menyebabkan penyakit kanser kanser payudara, kanser kolon dan kanser prostat. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan seseorang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan boleh mengakibatkan komplikasi seperti serangan penyakit jantung, strok dan kegagalan ginjal,“ terangnya.

Dalam pada itu, menurut Mayo Clinic, beberapa penelitian juga menunjukkan, seandainya wanita memiliki berat badan normal berdasarkan pengukuran Indeks Jisim Tubuh, kondisi perut buncit mereka berupaya meningkatkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.

Untuk kaum Hawa, ukur lilit pinggang lebih daripada 80 sentimeter (sm) menunjukkan lemak perut berada dalam keadaan yang tidak sihat, sementara lelaki, 90sm.

Sehubungan itu, untuk mengatasi krisis kesihatan yang sememangnya menganggu penampilan kita, Dr Zubaidi menyarankan orang ramai mengamalkan diet berpuasa yang menjarakkan waktu makan antara 12 hingga 16 jam atau dikenali sebagai Intermittent Fasting (IF).

“Diet IF ini bukan hanya bagus untuk menurunkan berat badan, malah ia juga bagus dipraktikkan oleh pesakit darah tinggi, kencing manis dan tinggi kolestrol.

Iklan

“Manfaat IF bukan sahaja dapat mengawal pengambilan kalori, tetapi dapat menghasilkan sel baharu daripada sel-sel yang telah mati,“ katanya.

Baca juga: Hajat ingin kuruskan badan bulan Ramadan, cuba 4 menu berbuka ini

Kepada Eat This, seorang jurulatih kecergasan di Amerika Syarikat, Matt Laurie mencadangkan tiga gerakan yang boleh mengecilkan perut buncit untuk lelaki mahupun wanita. Berikut huraiannya:

i) Latihan V-Up

-V-Up merupakan variasi daripada latihan sit-up. Gerakan ini dilakukan dengan posisi terlentang seperti posisi sit-up.
-Ia dilakukan dengan cara meletakkan tangan dan kaki di atas lantai. Kemudian secara bersama, angkat kedua-dua kaki dan dada sehingga saling berdekatan.
-Tahan posisi akhir selama beberapa minit dan lakukan pengulangan.

ii) Latihan menggunakan ball crunch

Iklan

– Ball crunch atau sering disebut dengan gym ball merupakan salah satu alat olahraga yang menyerupai bola.
– Caranya, letakan punggung anda di permukaan gym ball. Gunakan kaki sebagai tumpuan saat mengangkat badan agar stabil.
– Kemudian turunkan badan ke posisi awal. Ulangi latihan tersebut untuk mengecilkan perut.

iii) Plank

– Bukan sahaja mengecilkan, tetapi dapat memperkuatkan otot perut.
– Caranya adalah dengan berbaring telungkup dan angkat tubuh anda sehingga bertumpu pada lengan bawah, kemudian posisikan dengan siku di bawah lengan.
– Pastikan lutut tidak menyentuh lantai. Punggung juga harus lurus sejajar.
Pertahankan posisi plank selama 20 saat. Lakukan secara berkala.

Baca juga: Naik berat badan, tua lebih cepat, 5 risiko orang muda tidur lewat

Baca juga: Sanggup seksa diri kerana mahu kurus. Selain boleh bawa kematian, ini impak buruk lain

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan