MASIH ramai antara kita yang suka tidur dalam keadaan rambut basah tanpa mengeringkannya terlebih dahulu.

Namun, tahukah anda bahawa tabiat itu boleh mengundang bahaya?

Sebenarnya, sejak zaman nenek moyang kita ada menyebut kononnya kalau tidur dalam keadaan rambut sebegitu akan menyebabkan seseorang demam.

Itu kata orang dulu-dulu. Bagaimana pula dengan dari segi perspektif sains perubatan?

Merujuk laman web terkemuka antarabangsa, Healthline, masalah kesihatan itu (demam) kebiasaannya tiada kaitan langsung dengan suhu badan atau kepala yang terlalu sejuk.

Ia biasanya berpunca daripada lebih 200 virus yang menjadi penyebab seseorang demam.

Jelas Healthline lagi, kuman halus itu boleh merebak melalui hidung, mulut atau mata dan tersebar melalui udara ketika individu sedang bercakap, bersentuhan dan batuk.

Baca juga Sistem pembersihan udara canggih, jenama terkemuka kreatif basmi virus hingga 99 peratus

Namun begitu, Pengasas Plus Health, Dr. Chirag Shah memberitahu laman web berkenaan, terdapat juga bahana jika seseorang tidur dalam keadaan rambut basah.

Antaranya, mudah diserang jangkitan kulat seperti malassezia!

Selain itu, ujar Chirag, antara impak negatif lain kepada kulit kepala adalah seperti kehadiran kelemumur yang banyak termasuk berlaku tercetus masalah keradangan.

KELEMUMUR boleh terjadi sekiranya seseorang kerap tidur dalam keadaan rambut basah.

“Selain kulat semula jadi yang terjadi pada kulit kepala, kulat juga boleh terdapat pada bantal dan tumbuh subur dalam persekitaran hangat, malah merupakan tempat pembiakan ‘ideal’ sekiranya sarung bantal atau bantal berada dalam keadaan basah,” katanya.

Baca juga Khas untuk wanita berhijab, siri FOLLOW ME Green Tea Hijab khas dirumus untuk rambut lebih harum selama 48 jam

Sementara itu, Pakar Dermatologi, Dr Adarsh Vijay Mudgil menjelaskan, rambut berada pada tahap paling lemah ketika sedang basah dan akan mengalami tekanan akibat pergerakan ketika tidur.

“Kedua-dua keadaan itu sudah tentunya akan menyebabkan kerosakan rambut,” katanya kepada Healthline.

Sehubungan itu, sama ada lelaki ataupun wanita perlu mengelak tidur dalam keadaan rambut basah.

Ingat, rambut adalah mahkota yang perlu kita jaga.

Iklan
MINYAK kelapa yang ‘kaya’ dengan khasiat boleh mengurangkan kerosakan rambut.

INFO

Tip mencegah rambut rosak

Berikut adalah antara pendekatan yang boleh dilakukan:

i) Penggunaan minyak kelapa.

-Minyak kelapa sememangnya kaya dengan khasiat. Ia mampu meresap lebihan air sekali gus boleh mengurangkan risiko kerosakan rambut.

ii) Sikat rambut pada waktu yang betul.

-Elak menyisir rambut ketika dalam keadaan basah. Seeloknya tunggu sehingga rambut kering untuk menghindarkan ‘mahkota’ kita daripada ‘hancur’ atau gugur.

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram!

Iklan

iii) Memakai perapi rambut.

-Perapi berfungsi untuk menjadikan setiap helaian rambut menjadi lebih lembut.

iv) Menggunakan bantal yang diperbuat daripada sutera.

-Terdapat kajian yang kukuh menunjukkan bantal sutera mempunyai permukaan yang lembut dan bagus untuk kulit kepala.

Sumber Healthline dan Mayoclinic
Sumber foto Canva