INGAT tak kalau kanak-kanak bersunat, mak ayah atau atuk nenek akan melarang si kecil makan telur atau makanan berasaskan telur.

Bukan apa, pengambilannya boleh menyebabkan kegatalan dan akan bernanah.

Namun, persoalannya, adakah pandangan itu benar.

Bagi merungkai pertanyaan itu, SinarPlus merujuk perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman sosial, Twitter @KKMPutrajaya.

Beritahu KKM, persepsi tersebut hanyalah sekadar mitos kerana tiada kajian yang menyatakan makan telur boleh menyebabkan kerengsaan dan melambatkan penyembuhan luka.

Kredit foto: Polina Tankilevitch

Ujar pihak kementerian lagi, telur merupakan sumber protein yang penting dalam membantu penghasilan sel-sel baharu, selain kaya dengan vitamin dan mineral.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan makan telur jika alah padanya sahaja, kata KKM.

Baca juga: Lelaki rawat luka haiwan dengan besi pengokot diharamkan memiliki haiwan peliharaan selama 7 tahun!

Di samping itu, Healthline dalam penulisannya menjelaskan lima kebaikan lain pengambilan telur dalam diet seharian.

Berikut inti patinya:

i) Kepelbagaian nutrisi
– Hanya nutrisi satu biji telur sahaja diperlukan untuk menghasilkan sel tunggal untuk bertukar menjadi anak ayam.
– Satu biji telur rebus mengandungi vitamin A, vitamin B5, vitamin B12, vitamin B2, fosforus, selenium dan banyak lagi.
– Bukan itu sahaja, satu hidangan mengandungi 77 kalori, 6 gram (g) protein dan 5g lemak sihat.

Kredit foto: ROMAN ODINTSOV

ii) Tinggi kolesterol tapi tidak menyebabkan kolesterol dalam darah
– Pengambilan makanan berkolesterol tidak semestinya menyebabkan ia (kolesterol) tinggi dalam darah kerana hati menghasilkan lebih banyak kolesterol setiap hari.
– Orang ramai disyorkan untuk mengambil telur dalam diet seharian adalah sebanyak 300 miligram (mg). Satu biji telur hanya mengandungi 212mg.
– Bagaimanapun, setiap orang mempunyai reaksi yang berbeza-beza terhadap makanan. Statistik ada menyatakan sebanyak 70 peratus yang makan telur tidak mengalami peningkatan kolesterol, manakala selebihnya (30 peratus) boleh menyebabkan mereka mengalami peningkatan.

iii) Meningkatkan high-density lipoprotein (HDL)

Kredit foto: Pixabay

– HDL juga dikenali sebagai kolesterol yang baik untuk tubuh badan.
– Bagi mereka yang memiliki kadar peratusan HDL yang tinggi, golongan itu kurang berisiko untuk mengalami masalah jantung, strok dan masalah kesihatan lain.
– Salah satu cara untuk meningkatkan HDL adalah dengan makan dua biji telur selama enam minggu boleh menyebabkan peningkatan HDL sebanyak 10 peratus.

iv) Telur mengandungi kolina
– Kolina merupakan nutrisi yang orang ramai tidak tahu kewujudannya. Ia merupakan sejenis bahan yang penting untuk tubuh dan sering dijumpai di dalam kumpulan vitamin B.
– Kolina digunakan untuk membina sel membran yang memainkan peranan dalam memberi isyarat molekul di dalam otak.
– Satu biji telur mengandungi 100mg kolina.

v) Pengambilan telur tidak meningkatkan risiko penyakit jantung dan ia juga boleh mengurangkan risiko strok

Kredit foto: Pixabay

-Fakta mengenai telur sering disalah tafsir. Walaupun ia mengandungi kolesterol, tidak semestinya pengambilan protein itu boleh menyebabkan masalah jantung.
-Sebanyak 17 kajian telah dijalankan dengan melibatkan seramai 263,938 peserta telah mendapati tiada kaitan di antara pengambilan telur dengan masalah jantung atau strok.

Bagi mereka yang mempunyai tanggapan bahawa telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan nanah, ia hanyalah sekadar mitos.

Bagaimanapun, buat golongan yang ada alahan terhadap protein itu, dinasihatkan supaya tidak makan telur untuk mengelakkan komplikasi kesihatan yang teruk.

Baca juga: Campuran kulit telur dan serbuk kopi terpakai, pokok subur tanpa guna baja kimia

Baca juga: 1 beg darah boleh selamatkan 3 nyawa! Kita beri kehidupan yang lebih baik kepada yang memerlukan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi