LUMRAH wanita menyukai barangan cantik yang dihiasi dengan pelbagai corak termasuklah penggunaan pinggan di dapur.

Bagi kita kaum Hawa, perkakas rumah perlu mempunyai nilai estetika tersendiri agar ia selari dengan konsep yang ingin ditonjolkan.

Pun begitu, tidak semua orang cakna tentang penggunaan pinggan, mangkuk dan cawan yang bercorak sebenarnya bahaya pada kesihatan kita.

Perkara itu turut dibangkitkan oleh Pakar Kulit, Pusat Rawatan Kecantikan Narqes, Dr Muhammad Imran Faisal menerusi laman sosial, Twitter miliknya.

Beritahu Dr Muhammad Imran, pinggan seramik bercorak yang dijual murah, berkemungkinan dicemari dengan plumbum.

Baca juga: Akibat suntik breast filler sendiri, dua wanita diserang sawan. Pakar ini kongsi kisah ngeri

Perkakas seumpama itu tidak sesuai digunakan untuk meletak lauk-pauk kerana ia boleh menimbulkan masalah kesihatan yang serius.

“Jika ingin beli, jadikan ia dijadikan sebagai perhiasan sahaja. Pastikan pinggan seramik berkenaan mempunyai label selamat dan bebas plumbum,” ujarnya.

Apa yang dimaksudkan bebas plumbum? Pakar perubatan itu menjelaskan, item tersebut biasanya diperbuat secara tradisional menggunakan tanah liat, dilukis dengan corak timbul dan menarik, permukaan pinggan tidak rata termasuk pengilangnya tidak diketahui.

Dr Muhammad Imran kemudian berkongsi implikasi bahaya penggunaan pinggan mangkuk jenis tersebut kepada organ dalaman tubuh manusia. Berikut kesan-kesannya:

Iklan

i) Otak: Berupaya untuk hilang ingatan, kurang fokus, sakit kepala dan tertekan.
ii) Kardiovaskular: Berlakunya masalah tekanan darah tinggi.
iii) Buah pinggang: Fungsi ginjal menjadi abnormal dan berupaya untuk rosak.
iv) Sistem penghadaman: Berlakunya masalah sembelit, loya dan kurang selera makan.
v) Sistem pembiakan: Bagi lelaki, mereka akan berhadapan masalah kurang minat untuk melakukan hubungan seks, penurunan bilangan sperma dan ia (sperma) menjadi abnormal. Bagi wanita pula, mereka berhadapan masalah keguguran.
vi) Badan: Tubuh mudah untuk berasa lesu, sakit otot dan sendi.
vii) Sistem saraf: Kerosakan saraf termasuk rasa sakit dan kebas pada bahagian kaki.

Justeru, jika anda terbeli perkakas yang memiliki ciri-ciri unsur logam seperti yang dinyatakan oleh pakar tersebut, hentikan penggunaannya dengan segera.

Nak bergaya tidak salah tetapi biarlah tidak memudaratkan kesihatan dan pastikan anda beli pinggan mangkuk dengan label dengan senarai bahan-bahan yang selamat untuk digunakan.

Iklan

Lagi satu, berhati-hati dengan item yang dijual murah yang sekarang ini dijual secara bebas.

Baca juga: Nak tahu produk itu sesuai atau tidak dengan kita? Pakar kulit ini beri tunjuk ajar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan