BARU-BARU ini, tular rakaman yang memaparkan kesedihan dua beradik apabila salah seorang daripada mereka terpaksa ditidurkan akibat jangkitan kencing tikus.

Video berdurasi 19 saat itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial, TikTok @Cu_tengg. Difahamkan beliau merupakan mak cik kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Adib.

Menerusi paparan tersebut, wanita berkenaan berkongsi keadaan Adib yang kini semakin kritikal.

Kanak-kanak itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Kredit foto: TikTok @cu_tengg

“Pihak hospital memberitahu keadaan Adib semakin teruk dan terpaksa dipakaikan bantuan oksigen yang paling tinggi. Apabila tetapan ditukar kepada paras rendah, oksigen Adib terus menurun.

“Walaupun doktor sendiri tidak boleh bagi jaminan yang Adib akan sedar, tetapi kami sekeluarga yakin, Adib akan bangun. Adib kuat, ramai yang doakan Adib, ramai tunggu Adib bangun,” tulisnya.

Perkongsian tersebut meruntun jiwa rata-rata warga maya. Mereka menzahirkan rasa sedih terhadap kejadian yang menimpa keluarga tersebut.

Kredit foto: Anna Shvets

Berikut antara petikan kata-kata warga maya:

“Bangunkan adik Adib ini, ALLAH. Kuatkan semangatnya dan berikan kesembuhan yang baik untuknya.”

“Adib, awak kuat dan lawan sakit itu. Tak mahu tidur lama-lama sayang. Ibu, ayah, abang dan semua orang tunggu ni. Bangun ya Adib. Ramai doakan untuk awak ni.”

“Bangun adik. Kena kuat, tunjuk pada semua awak kuat dan boleh lawan.”

“Semoga ada keajaiban buat adik Adib. Semoga dipermudahkan segala urusan kakak sekeluarga. Kuatkan semangat.”

“ALLAHUAKBAR. Semoga ALLAH berikan keajaiban untuk Adib sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan.”

Kredit foto: Alexas Fotos

Setelah melihat betapa bahayanya kencing tikus, SinarPlus merujuk Web MD, untuk mendapatkan pencerahan mengenainya.

Beritahu laman perubatan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu, kencing tikus atau nama saintifiknya adalah leptospirosis merupakan sejenis jangkitan bakteria (leptospira interrogans) yang terjadi kepada haiwan sebelum ia merbak kepada manusia.

Kebanyakan haiwan membawa organisma tersebut di dalam buah pinggang mereka, ujar Web MD.

Meneliti pula penulisan Centers for Disease Control and Prevention (CDC), terdapat dua cara seseorang boleh dijangkiti iaitu:

Kredit foto: Denitsa Kireva

i) Berlakunya sentuhan dengan air kencing atau cecair badan yang lain, kecuali air liur daripada haiwan yang telah dijangkiti virus berkenaan.

Iklan

ii) Terjadinya sentuhan dengan air, tanah atau makanan yang telah tercemar dengan air kencing haiwan yang dijangkiti.

Menerangkan keadaan tersebut, CDC memberitahu bahawa bakteria tersebut boleh masuk di dalam badan melalui kulit atau membran mukus seperti mata, hidung atau mulut.

Kredit foto: Pavel Danilyuk

Bukan itu sahaja, jangkitan lebih mudah berlaku sekiranya permukaan kulit terdapat luka atau calar.

Tambah CDC lagi, biasanya jangkitan yang berlaku disebabkan daripada air terjadi apabila seseorang terdedah kepada air tercemar seperti banjir.

Memandangkan negara sedang berhadapan dengan monsun timur laut dengan sesetengah lokasi berlakunya banjir, nasihat SinarPlys, berhati-hatilah.

Mak ayah jangan lupa pantau anak masing-masing. Elakkan penyakit kencing tikus ini.

Iklan

Selain itu, pastikan anda memakai kasut sebelum memasuki kawasan berair agar kaki tidak terpijak benda tajam yang boleh menyebabkan luka.

Baca juga: Wanita sakit ketika melakukan hubungan intim, ini mungkin petanda vaginismus

Baca juga: Safron boleh mengurangkan gejala senggugut, ini penjelasan pakar yang wanita kena ambil tahu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi