PERNAH tak anda mendengar nasihat pakar atau sesiapa sahaja untuk elak beri makan daging dan tulang mentah kepada kucing untuk elak ‘mereka’ sakit?

Mungkin ramai yang menggeleng kepala, bukan? Namun, percayalah pendekatan itu sememangnya perlu dihindarkan.

Ya, memang untuk menjaga si bulus tugasnya nampak mudah, tetapi kita perlu ada ilmu.

Salah satunya, dengan memberi ‘mereka’ makanan yang sihat supaya kucing mendapat khasiat yang cukup dan tidak mudah dijangkiti penyakit.

Baca juga Wanita selamatkan dan rawat 28,000 kucing terbiar. Peruntuk RM70 juta setahun untuk pusat perlindungan

Kepada semua pembaca SinarPlus yang juga seorang pencinta kucing, berikut beberapa jenis makanan yang perlu dihindari berdasarkan perkongsian Hillspet:

1. Telur mentah, daging dan tulang mentah

– Memberi kucing makan telur atau daging mentah boleh menyebabkan kucing dijangkiti bakteria Salmonella.
– Malah, telur mentah boleh jadi punca masalah pada kulit dan bulu kucing.
– Manakala, kucing juga boleh tersedak atau mengalami luka pada saluran pencernaan jika makan tulang mentah.

2. Coklat dan minuman berkafein

– Zat methylxanthines dalam kandungan coklat boleh menyebabkan kucing mengalami cirit-birit, gegaran otot, degupan jantung tidak normal, perut tidak selesa, menyebabkan rasa haus dan kejang.
– Ia boleh ada pada kafein juga.

3. Produk susu
– Kucing susah untuk mencerna laktosa yang terkandung dalam susu kerana sistem pencernaan mereka berbeza dengan manusia.
– Keadaan itu akan menyebabkan cirit-birit.
– Anak kucing akan minum susu daripada ibunya selama beberapa minggu. Sistem pencernaannya belum bersedia mencerna lagi laktosa.

4. Anggur dan kismis
– Kedua-duanya boleh menyebabkan kucing mengalami masalah buah pinggang.
– Kucing boleh mengalami muntah-muntah selepas 12 jam makan makanan itu.
– Kesan seperti lesu, cirit-birit, susah makan dan jarang buang air kecil akan muncul selepas 24 jam.

Iklan

5. Tuna dalam tin
– Merujuk laman web pets.webmd.com, kucing akan ketagih dengan makanan yang dalam tin untuk haiwan mahupun manusia.
– Makanan tuna dalam tin boleh menjadi punca keracunan pada kucing.

6. Bawang besar dan bawang putih
– Makanan ini boleh merosakkan sel darah merah kucing.
– Lebih teruk, ia menjadi punca anemia pada kucing.
– Jika kucing diberi makan bawang secara berlebihan, itu akan menyebabkan si bulus lesu, lemas, kurang selera makan hingga gusi boleh menjadi pucat.

7. Makanan anjing
– Walaupun kucing dan anjing dilihat mempunyai persamaan dari segi sesetengah makanan, tetapi anda perlu tahu makanan anjing berbahaya kepada kucing.
– Makanan kucing lebih banyak nutrisi daripada makanan anjing.
– Kekurangan zat (yang ada dalam makanan kucing) boleh menyebabkan penyakit jantung, batuk dan tidak aktif.

Iklan

Kini, anda telah tahu beberapa jenis makanan yang perlu elak diberi pada kucing kan? Ingat, kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap haiwan peliharaan yang dijaga.

Jangan pula si haiwan peliharaan sakit, kita buang merata-rata sedangkan ia berpunca daripada penjagaan yang tidak betul dan semberono.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI