Gara-gara fobia tengok orang muntah, wanita ini terperap dalam bilik sepanjang bercuti di Bali

Gara-gara fobia tengok orang muntah, wanita ini terperap dalam bilik sepanjang bercuti di Bali

BARU-BARU ini tular di laman sosial TikTok yang memaparkan sosok tubuh seorang wanita yang betul-betul nampak tak bermaya ketika sedang bercuti di Bali, Indonesia.

Menerusi video berdurasi 14 saat yang dimuat naik, beliau hanya menghabiskan masa seharian hanya duduk di dalam bilik.

Bukan itu sahaja, cuplikan rakaman turut memaparkan meja di dalam ruang peribadinya bersusun dengan air mineral.

Apa yang kami faham, beliau mempunyai masalah kesihatan yang dikenali sebagai emotophobia.

Kredit foto: Sora Shimazaki

Apa ya maksud emotophobia? Menurut Healthline, ia merujuk kepada kondisi seseorang yang mempunyai ketakutan melampau terhadap rasa ingin muntah.

Iklan
Iklan

Individu seperti itu juga tidak boleh tengok muntah, melihat orang lain muntah atau sakit.

Tambah Healthline lagi, kebanyakan orang yang menghidap emetophobia biasanya hidup dengan penuh dengan kebimbangan.

Mungkin ada di antara kita yang beranggapan bahawa penyakit itu macam remeh sajakan, tapi ia sangat menyeksakan.

Masakan tidak, orang seperti itu hanya boleh berada di persekitaran yang bersih dan individu yang sihat sahaja.

CARA ATASI

Kredit foto: Andrea Piacquadio

Merujuk jurnal bertajuk Cognitive Behaviour Therapy For Specific Phobia Of Vomiting (Emetophobia): A Pilot Randomized Controlled Trial, tidak ramai sebenarnya yang dilaporkan menghidap penyakit berkenaan.

Baca juga: Fobia, cemas, takut melihat badut adalah satu penyakit mental. Atasinya dengan cara ini

Secara keseluruhan hanya 0.1 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di Amerika Syarikat yang ada emetophobia.

Dalam pada itu, Very Well Mind ada berkongsi tentang simptom-simptom yang dialami oleh pesakit, berikut inti patinya:

Kredit foto: Andrea Piacquadio

i) Gangguan keresahan.
ii) Cuba untuk mengelak untuk berada di persekitaran yang boleh menyebabkan muntah.
iii) Aktiviti seharian terganggu.
iv) Tekanan emosi dan fizikal.
v) Gangguan pencernaan dan kerap berasa loya.
vi) Serangan panik.
vii) Mengasingkan diri daripada orang lain kerana mempunyai tanggapan orang sekeliling mungkin muntah.

Jelas laman perubatan itu lagi, orang yang ada fobia berkenaan pasti mempunyai gangguan anxiety

yang lain.

Pun demikian, permasalahan begitu diatasi dengan beberapa kaedah perawatan, antaranya seperti:

Kredit foto: Pavel Danilyuk

i) Cognitive behavioral therapy (CBT): Menerusi CBT, ia boleh membantu seseorang untuk menghadapi ketakutan dengan menggantikan persepsi negatif terhadap muntah.

ii) Pemberian ubat-ubatan: Tidak semua kes emetophobia akan dibekalkan ubat tetapi pakar mungkin mengesyorkan ubat jenis antidepresan atau benzodiazepin untuk mengurangkan perasaan cemas.

iii) Perubahan gaya hidup: Mereka yang ada fobia itu perlu mengamalkan teknik relaksasi yang boleh membantu mengatasi perasaan ingin muntah. Selain itu, disarankan juga untuk melakukan meditasi untuk mengurangkan kebimbangan dan tekanan.

Sekiranya kalian ada kenalan yang menghidapi masalah seperti itu, bertabahlah ya.

Namun, nasihatkanlah mereka agar berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan lanjut.

Jika tidak dirawat daripada awal, ia boleh sebabkan masalah kesihatan mental yang lain pula.

Baca juga: Fobia berada di ruang kecil, sempit dan tertutup. Ini tips berguna untuk tangani ketakutan itu

Baca juga: Si kecil takut mandi laut, kolam? Ini cara atasi fobia air ibu boleh cuba

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Syamira Liana Nor Ashaha

Published by
Syamira Liana Nor Ashaha

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

9 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

10 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

10 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

12 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

15 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

16 hours ago