PUASA merupakan ibadah yang dinanti-nantikan bagi semua umat islam. Malah, ibu yang hamil juga tidak mahu ketinggalan untuk berpuasa.

Ada juga yang berazam untuk berpuasa penuh ketika sedang hamil.

Pun begitu, si ibu harus mengikut kemampuan sendiri untuk berpuasa, jangan terlalu memaksa sehingga boleh menjejaskan kandungan.

SinarPlus merujuk perkongsian Pegawai Perubatan, Medical Homeopath, Life Coach and Energy Healer, Dr Suriyakhatun Osman yang dimuat naik menerusi Facebooknya baru-baru ini.

Ujarnya, wanita hamil tidak wajib untuk berpuasa. Pun begitu, masih ramai yang melaksanakan ibadah itu disebabkan susah untuk menggantikannya pada bulan lain.

“Ada juga yang berpuasa kerana mahukan pahala dan sayang untuk meninggalkan amalan itu,” katanya.

Dr Suriyakhatun kemudian menyenaraikan impak kepada anak dalam kandungan terutama bagi ibu hamil yang mempunyai masalah kesihatan jika masih terus berpuasa. Antaranya:

i. Kurang darah atau zat galian.
ii. Tidak naik berat badan seperti sepatutnya.
iii. Kurang selera makan semasa berbuka dan sahur.
iv. Pemakanan yang tidak betul semasa berbuka dan sahur.
v. Ada penyakit yang menjejaskan penghadaman.
vi. Penyakit kronik yang lain.
vii. Hampir cukup bulan (bahaya pre-term labour jika mengalami hipoglisemia).
viii. Sering pitam dan peluh sejuk semasa puasa.
ix. Tekanan darah terlalu rendah.
x. Gestational diabetes mellitus (kencing manis sewaktu mengandung).

Terdapat kemungkinan perkembangan bayi akan terjejas di dalam perut dan membawa masalah kesihatan yang kronik pada si kecil, ujar beliau.

Baca juga Pesakit diabetes kena dapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa, elak risiko koma, sawan dan pengsan

“Seandainya mereka tiada masalah tersebut, perlulah menilai dengan ikhlas niat untuk berpuasa. Sebaiknya, selang-selikan hari untuk berpuasa,” sarannya.

JAGA PEMAKANAN

Mengenai pemakanan, ia juga merupakan satu perkara yang sangat penting untuk diberi perhatian.

Berikut beberapa tip panduan makanan seperti yang dicadangkan oleh Dr Suriyakhatun:

i. Kerap minum air sepanjang malam. Sebaiknya, minum air yang bersih dan bertapis. Bukanlah ait masak, air osmosis berbalik serta air mineral yang dibeli (plastiknya mempunyai toksin).

ii. Ambil snek yang padat tenaga seperti kacang gajus, pistachio, kuaci, biji labu dan kacang almond. Snek itu boleh diambil selepas berbuka sehingga sejam sebelum tidur dan selepas makan sahur.

iii. Bersahur selewat-lewat yang boleh.

Iklan

Baca juga Ayam masak bawang mengiurkan, pasti sedap dibuat sahur

iv. Minum air protein yang baik dan tanpa bahan kimia. Baca label produk yang dibeli untuk pastikan tiada bahan kimia dan bahan tambahan yang membahayakan kandungan atau anak. Ada juga herba yang tidak baik untuk ibu hamil atau menyusu dan waspada juga dengan pemanis tiruan dalam minuman.

v. Elak makanan segera, makanan tiruan dan makanan dalam tin. Ini kerana apabila berpuasa, bahan toksik daripada makanan berproses lebih mudah masuk ke dalam air susu ibu.

vi. Amalkan scrubbing kulit, pastikan tidak sembelit dan lakukan senaman ringan waktu petang untuk mengeluarkan peluh.

Baca juga Mulut berbau ketika berpuasa? Berikut 6 tip yang dikongsikan doktor

vii. Optimumkan kesihatan usus dengan probiotik dan prebiotik serta enzim. Makanan tradisi yang boleh dipraktikkan adalah seperti tempoyak dan tempe mentah. Makan juga ulaman.

Iklan

viii. Pengambilan kobis, pudina, chia seeds dan herba boleh kurangkan susu. Halba dan ulam-ulaman pula boleh banyakkan susu.

Kurma juga boleh dinikmati kerana ia senang hadam, mempunyai serat dan nutrisi yang tinggi.

Jadi, kepada ibu hamil sekalian, ikutilah saranan Dr Suriyakhatun.

Jangan terlalu memaksa diri kerana anak kandungan lebih penting daripada segala-galanya.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI