APABILA kita berdepan dengan masalah keradangan tonsil, secara automatik badan kita akan menjadi lesu.

Bukan itu sahaja, kebanyakan pesakit tonsil juga hilang selera mahu makan kerana rasa sakit dan perit pada bahagian tekak.

Merujuk Mayo Clinic, keadaan tersebut berlaku adalah disebabkan oleh jangkitan virus biasa, namun serangan bakteria juga boleh mengakibatkan tonsilitis.

Beritahu laman perubatan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu, kaedah merawat keradangan tonsil bergantung kepada waktu pesakit mula didiagnosis.

Kredit foto: cottonbro

Menambah perincian, Cleveland Clinic berkata, kanak-kanak merupakan golongan yang biasa menghidapi penyakit tersebut.

Namun, hakikatnya, ia boleh berlaku kepada semua peringkat umur.

Baca juga: Terlalu taasub main permainan online dalam telefon bimbit, ini implikasi buruk yang perlu ramai tahu

Ramai pakar berpendapat, setiap orang di muka bumi ini akan menghidapi tonsilitis sekali seumur hidup.

SinarPlus turut merujuk perkongsian Pakar Perunding dan Bedah Telinga, Hidung, Tekak, Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr Juani Hayyan Abdul Karaf mengenai masalah kesihatan itu.

Kredit foto: Polina Tankilevitch

Beritahu Dr Juani Hayyan, jika tonsil pesakit kelihatan merah dengan adanya tompok putih, ia merupakan antara petanda jangkitan bakteria sudah berlaku.

“Dalam keadaan itu, pesakit akan rasa bengkak pada bahagian belakang tekak, demam melebihi 38 darjah Celsius, nafas berbunyi, sesak nafas dan badan lemah serta tidak dapat menelan makanan kerana terlalu sakit.

“Biasanya mereka akan diberi ubat antibiotik untuk merawat tonsilitis, namun kaedah rawatan yang berbeza akan dilakukan kepada mereka yang sering mengalami masalah ini,” jelasnya.

Maklum Dr Juani Hayyan lagi, sekiranya penderita kerap mengalami keradangan dengan keadaan tonsil yang mengganggu pernafasan, maka rawatan pembedahan perlu dilakukan.

Kredit foto: Ron Lach

Bagaimana pula cara untuk mencegah permasalahan tersebut? Untuk itu, SinarPlus merujuk penulisan Mayo Clinic. Berikut saranan yang dikemukakan:

i) Basuh tangannya dengan bersih dan kerap, terutamanya selepas menggunakan tandas.
ii) Pastikan kita mencuci tangan sebelum dan selepas makan.
iii) Elakkan berkongsi makanan, gelas minuman, botol air atau peralatan.
iv) Setelah disahkan menghidap tonsilitis, pastikan anda menukar berus gigi.

Iklan

Penyakit tonsilitis tidak seharusnya dipandang ringan kerana implikasi kepada krisis kesihatan itu akan mengakibatkan diri terpaksa berhadapan dengan rasa sakit yang berulang kali.

Oleh yang demikian, jangan berlengah sekiranya anda mengalami tanda-tanda keradangan tersebut supaya jangkitan kuman itu dapat dirawat dengan segera.

Satu lagi, jika tonsilitis berlaku kepada anda lebih daripada dua kali, itu merupakan signal besar untuk anda segera ke hospital.

Baca juga: Demam selesema biasa, influenza, denggi, ini tanda yang membezakan. Wanita wajib tahu

Iklan

Baca juga: Anak batuk tak henti, selesema, ini cara mudah doktor dedah patut ibu lakukan

Kredit foto utama: Pavel Danilyuk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.