Jantung bengkak boleh sebabkan kegagalan jantung. Pesakit diabetes, hipertensi antara yang kena waspada

Jantung bengkak boleh sebabkan kegagalan jantung. Pesakit diabetes, hipertensi antara yang kena waspada

MASALAH jantung merupakan penyakit yang begitu sinonim berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia tidak kira golongan muda mahupun tua.

Kebanyakannya beranggapan bahawa serangan jantung merupakan kondisi yang paling berbahaya kerana boleh memicu kepada kegagalan organ itu (jantung).

Bagaimanapun, tahukah anda, apa jua penyakit yang melibatkan jantung mempunyai risiko yang tinggi terhadap termasuklah jantung bengkak (kardiomiopati).

Berdasarkan statistik yang dikongsikan oleh Center for Disease Control and Prevention (CDC) dianggarkan seorang daripada 500 orang mempunyai masalah kardiomiopati.

Kredit foto: cottonbro studiocottonbro studio

CDC turut menjelaskan bahawa angka sebenar mungkin mencatatkan bilangan yang lebih kerana kardiomiopati kadang-kadang tidak dapat didiagnosis.

Untuk memahami penyakit itu secara mendalam, Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Pakar Kardiologi Klinikal, UITM Private Specialist Center, Dr Huzairi Sani berkata, jantung bengkak berlaku disebabkan keadaan otot, struktur dan fungsi jantung tidak dapat beraksi normal.

Beritahu Dr Huzairi, keadaan itu terjadi apabila terdapat perubahan atau ketidakstabilan pada salah satu struktur jantung yang boleh memicu kepada gangguan mekanisme pada bahagian lain tubuh badan.

“Punca jantung bengkak boleh diklasifikasikan kepada dua faktor iaitu genetik dan sebab yang diperoleh daripada persekitaran dan gaya hidup.

Iklan
Iklan
Kredit foto:Puwadon Sang-ngern

“Sekiranya seseorang mempunyai sejarah ahli keluarga yang ada masalah jantung atau simptom sama, mereka mempunyai risiko untuk menghidapi penyakit itu,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pakar berkenaan kemudian berkongsi jenis-jenis penyakit keturunan yang boleh mengakibatkan jantung bengkak, antaranya seperti:

i) Kardiomiopati hipertrofi
ii) Kardiomiopati aritmogenik
iii) Kardiomiopati ketidakmampatan ventrikel kiri
iv) Penyakit Danon
v) Penyakit simpanan glikogen

Sementara disebabkan gaya hidup adalah seperti:

Kredit foto: PhotoMIX Company

i) Kardiomiopati terdilat iskemia
ii) Diabetes
iii) Hipertensi
iv) Kardiomiopati peripartum
v) Kardiomiopati akibat takikardia
vi) Kardiomiopati akibat jangkitan atau toksin
vii) Kardiomiopati akibat tekanan (Takotsubo)

SIMPTOM

Beritahu Dr Huzairi, pada peringkat awal, pesakit mungkin tidak mengalami apa-apa simptom jantung bengkak.

“Simptom awal yang mungkin dirasai pesakit adalah sesak nafas ketika melakukan aktiviti fizikal dan biasanya prestasi harian seseorang terjejas kerana jantung yang bengkak tidak dapat membekalkan tenaga sepertimana yang diperlukan sebelum ini.

Kredit foto: EVG Kowalievska

“Biasanya pesakit yang ada penyakit itu tidak dapat tidur dengan sempurna. Mereka memerlukan bantal belakang yang lebih tinggi kerana sesak nafas mungkin berlaku ketika sedang nyenyak tidur,” jelasnya.

Ujian pengesanan awal

Sekiranya seseorang disangka menghidap jantung bengkak, terdapat beberapa kaedah yang diguna pakai dan ia bergantung kepada pemeriksaan klinikal oleh doktor, ujar Dr Huzairi.

Berikut inti pati kaedah pengesanan awal yang dikongsikan oleh pakar berkenaan:

i) Pemeriksaan melalui elektrokardiogram : Mengesan perubahan ketebalan dinding jantung, kebarangkalian salur darah koronari tersumbat, sekatan pada ritma jantung ataupun ritma tidak teratur.

ii) Ujian peptida : Dapat membezakan sama ada simptom yang dialami oleh pesakit disebabkan oleh jantung atau organ lain.

Kredit foto: Anna Shvets

iii) Pengimejan : Kaedah pengimejan menggunakan X-ray dan ekokardiografi dapat mengetahui saiz jantung dengan lebih tepat.

Kaedah perawatan bagi masalah jantung bengkak bukan hanya menggunakan ubat-ubatan semata-mata, tetapi ia merangkumi rawatan secara menyeluruh termasuklah gaya hidup, pemakanan yang terkawal, aktif secara fizikal dan sokongan daripada ahli keluarga.

“Sekiranya pesakit mengalami simptom baharu, mereka disyorkan untuk mendapatkan rawatan awal di hospital atau klinik kerana lebih cepat rawatan diterima, lebih tinggi peratusan mereka untuk sembuh,” jelasnya.

SENAMAN

Menurut Dr Huzairi, kajian membuktikan bahawa senaman dapat memberi manfaat kepada pesakit yang mengalami jantung bengkak atau kegagalan jantung.

Ujarnya, senaman dapat menguatkan jantung dan otot-otot di seluruh badan yang dapat meningkatkan stamina serta kualiti hidup pesakit.

Kredit foto: Victor Freitas

Pesakit dinasihatkan untuk mula bersenam dengan perlahan secara beransur-ansur.

Jika berasa mengah secara berlebihan atau sukar untuk bernafas, kadar senaman boleh diperlahankan.

“Pada permulaan, pesakit boleh berjalan selama lima hingga 10 minit setiap hari dan tingkatkan sebanyak satu hingga 2 minit setiap hari. Matlamatnya adalah untuk berjalan sebanyak 30 hingga 45 minit setiap hari dengan selangan rehat yang diperlukan.

“Cuba lakukan senaman pada waktu yang sama setiap hari supaya menjadi tabiat atau hobi. Waktu yang tetap juga dapat menjadikannya salah satu rutin harian yang tidak bertindih dengan aktiviti lain,” katanya.

Ujar Dr Huzairi lagi, adalah normal bagi seseorang pesakit berasa sukar bernafas dan mempunyai bacaan nadi yang tinggi apabila bersenam.

“Jika semakin sukar bernafas dan bacaan nadi yang tinggi tidak menurun setelah berehat selama 15 minit, keadaan ini perlu diberitahu kepada doktor.

“Program pemulihan atau rehabilitasi jantung dapat memberikan program senaman yang terbaik mengikut keadaan setiap individu,” ujarnya.

Pesan pakar itu, jantung umpama enjin dalam tubuh kita yang perlu dijaga dengan baik bagi meningkatkan kualiti hidup dan jangka hayat.

Pencegahan awal dan penjagaan optimum merupakan kunci untuk mengurangkan beban masalah jantung.

Baca juga: “Terus jantung macam jatuh.”- Datuk Aaron Aziz cemas bila isteri terlibat kemalangan

Baca juga: Angkat berat badan kurangkan risiko strok dan jantung? Ini penjelasan pakar dalam kajian baharu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Syamira Liana Nor Ashaha

Published by
Syamira Liana Nor Ashaha

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

1 hour ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

2 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

3 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

5 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

7 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

9 hours ago