BERDASARKAN Malaysian Dialysis and Transplantation Registry, seramai 8,431 pesakit baharu menerima dialisis pada awal tahun 2018.

Bayangkan, tidak sampai setahun, bilangan mereka yang menerima dialisis meningkat kepada 44,136 pesakit.

Lebih mengejutkan lagi, jangkaan bilangan pesakit yang memerlukan (dialisis) menjelang tahun 2040 mencecah 106,000.

Melihat kepada perkembangan itu, Kumpulan Hospital Columbia Asia baru-baru ini melancarkan Pusat Dialisis baharu bagi memenuhi keperluan golongan sasaran di Lembah Klang.

Pengurus Besar Columbia Asia Hospital Klang, Wong Wai Mun berkata, antara objektif utama pihaknya mewujudkan pusat itu adalah untuk menyediakan khidmat dialisis yang efektif kepada komuniti sejagat.

Dif-dif kehormat bersama jururawat pusat dialisis. Di sebelah kiri, Puan Wong dan Dr Chan sementara di sebelah kanan ialah Dr Kalai, Encik Kelvin dan Encik Tom.

“Dengan menambah khidmat kesihatan di hospital ini, kami harap khidmat kesihatan kami bukan sahaja lebih memudahkan pesakit dan senang diakses, malah bersifar menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Dr T Kalaiselvam Thevandran yang mengetuai pusat dialisis di Columbia Asia Hospital, Klang memberitahu, operasi seharian di sana akan diuruskan oleh ‘charge nurse’ yang berpengalaman dan sepasukan jururawat yang terlatih dalam bidang renal.

Berkenaan teknologi, mesin dialisis akan dipasang dengan Sistem Pengurusan Data Terapi iaitu satu sistem berintegrasi yang membolehkan pakar untuk mencatat dan memantau butir-butir pesakit.

Iklan
DR Chan menegaskan kepentingan saringan kesihatan untuk penyakit buah pinggang

Sekali imbas, pakar boleh melihat data berkenaan dialisis termasuk data perubatan, data makmal dan lain-lain berkaitan prosedurnya, sama ada sebelum atau sewaktu dialisis sedang dijalankan, kata Dr Kalaiselvam.

“Selain itu, pusat ini juga menyediakan khidmat sampingan yang memberi lebih nilai kepada setiap sesi dialisis.

“Terdapat pakar diet yang sedia memberi nasihat tentang pemakanan yang bersesuaian dengan pesakit buah pinggang. Khidmat kecemasan 24 jam dan kemudahan makmal juga disediakan. Minuman dan makanan ringan serta tempat letak kereta adalah percuma,” katanya.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI