Kanak-kanak boleh hidap tumor otak atau telinga jika sering bermain telefon. Ini implikasi mak ayah kena tahu

SUDAH menjadi kebiasaan ibu bapa pada masa kini membiarkan anak-anak mereka bermain telefon pintar.

Kebanyakan mak ayah memberi alatan berkenaan kerana tidak mahu si kecil meragam atau mengamuk. Disebabkan hal itu, anak-anak dapat bermain telefon pada bila-bila masa sahaja.

Bagaimanapun, tahukah kalian bahawa pendedahan terlalu awal dan tidak terkawal kepada si kecil sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan dan daya tumpuan mereka.

Perkara itu turut diperakui oleh Pegawai Perubatan Pediatrik, Hospital Sultanah Fatimah, Dr Redza Zainol.

Kredit foto: Jessica Lewis Creative

Dr Redza berkata, ibu bapa atau penjaga seharusnya wujud atau tetapkan peraturan asas di rumah untuk anak-anak patuhi.

Perkara itu perlu dilakukan bukan kerana mahu menyekat kebebasan anak-anak, tetapi mahu jaga kualiti tidur mereka.

Jelas pegawai perubatan tersebut, telefon pintar menghasilkan cahaya yang digelar sebagai blue light.

Penggunaan dalam tempoh yang lama pada waktu malam menyebabkan anak-anak berfikir bahawa hari masih siang.

“Pendedahan dalam jangka yang panjang menyebabkan paras hormon melatonin (hormon tidur) menjadi rendah dan implikasinya mereka susah untuk tidur. Untuk pengetahuan semua, hormon melatonin menjadi tinggi apabila tidur digelapkan atau disuramkan,” terangnya.

Kredit foto: cottonbro studio

Pakar berkenaan turut memetik penulisan American Academy of Pediatric yang menyatakan, bermain permainan berunsur keganasan di telefon pintar juga boleh menyebabkan waktu tidur terganggu.

Dalam pada itu, Mom Junction dalam penulisannya ada menyenaraikan implikasi penggunaan telefon pintar terhadap anak-anak, antaranya:

i) Kajian mendapati, kanak-kanak yang sering bermain telefon mempunyai kebarangkalian untuk menghidap tumor pada otak dan telinga.
ii) Kanak-kanak menyerap lebih 60 peratus radiasi ke dalam otak berbanding orang dewasa dan dipercayai ia menyebabkan tisu, kulit dan tulang menjadi nipis.
iii) Gelombang radio telefon pintar juga menganggu aktiviti otak dan keupayaan anak berfikir dan tingkah laku mereka.
iv) Golongan itu juga mungkin berlaku tidak jujur sewaktu peperiksaan dengan meniru jawapan rakan-rakan yang lain.
v) Penggunaan telefon yang tidak kawal, menyebabkan kanak-kanak boleh mengakses masuk laman pornografi.

SinarPlus turut merujuk parentcircle.com tentang tip yang boleh ibu bapa gunakan untuk membuatkan anak-anak kurang bermain telefon, antaranya:

Kredit foto: Marta Wave

i) Ibu bapa seharusnya bawa anak-anak keluar ke taman permainan supaya mereka dapat melakukan aktiviti seperti berlari dan bermain. Sekiranya anda tidak mempunyai masa yang terluang, daftarkan anak-anak menyertai kelab sukan kejiranan pada hujung minggu.

ii) Mak ayah seharusnya memberitahu anak-anak bahawa mereka boleh menggunakan telefon pintar tetapi ada peraturannya seperti tidak dibenarkan bermain sewaktu makan, belajar, tidur dan ketika keluar bersama keluarga.

iii) Setelah anak-anak habis bermain telefon, cuba bercakap dengan anak-anak tentang perkara yang mereka lakukan sebentar tadi. Keadaan itu membuatkan si kecil berasa lebih dekat dengan ibu bapa kerana mereka beranggapan bahawa kalian tertarik untuk mengetahui aktiviti yang mereka lakukan.

Kredit foto: Ketut Subiyanto

iv) Tetapkan kata laluan pada telefon bimbit anak-anak supaya mereka tidak boleh menggunakan peralatan itu semasa ketiadaan anda di sekeliling mereka.

Dalam hal itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak tidak terlalu bergantung dengan telefon bimbit.

Tidak salah untuk beri mereka bermain telefon cuma jangan biarkan mereka leka sehingga tidak menyedari perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Baca juga: Doakan anak waktu tidur, menyusu, Neelofa kongsi doa yang diamalkan

Baca juga: Anak terdedah kepada masalah mental jika masih tidur satu bilik dengan mak ayah. Ini kata pakar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi