Kanak-kanak pun ada migrain? Ini 7 cara paling baik bantu si kecil atasi penyakit ini

SAKIT tidak pernah kenal erti umur dan jantina. Ia akan menyerang pada bila-bila.

Migrain misalnya boleh terjadi tanpa kita duga. Namun, jika pembaca SinarPlus fikirkan kondisi itu boleh berlaku hanya ke atas orang dewasa, telahan itu silap.

Ini kerana situasi memeritkan itu boleh melanda kanak-kanak juga.

Menurut Cleveland Clinic, migrain merupakan satu keadaan seseorang itu mengalami masalah sakit kepala berdenyut-denyut pada satu sisi bahagian kepala.

“Kanak-kanak yang belum baligh terutamanya budak lelaki akan lebih cenderung mengalaminya, tetapi apabila menjangkau usia remaja, ia lebih banyak berlaku kepada remaja perempuan,” kata laman perubatan itu.

Berdasarkan statistik, 3 peratus kanak-kanak prasekolah, 4 hingga 11 peratus kanak-kanak sekolah rendah dan 8 hingga 15 peratus remaja sekolah menengah menghidap masalah sakit kepala berdenyut itu.

Iklan
Iklan

Secara asasnya, terdapat dua jenis migrain iaitu:

i) Migrain biasa: Berlaku sekitar 60 hingga 85 peratus kanak-kanak dan remaja.
ii) Migrain klasik: Terjadi sekitar 15 hingga 30 peratus kanak-kanak dan remaja.

Baca juga: Salah makan ubat, kurang minum air, stres, kafein punca migrain. Ini cara paling ampuh atasinya

Jelas Cleveland Clinic, mereka yang menghidap migrain klasik akan berasa tanda-tanda awal iaitu 30 minit awal sebelum ia berlaku.

Antara simptom yang biasanya berlaku adalah penglihatan menjadi kabur, hilang keupayaan untuk bercakap, mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh.

Walaupun pengambilan ubat-ubatan sudah semestinya membantu melegakan kesakitan, namun sebaik-baiknya, ibu bapa perlu peka lebih awal seandainya anak mereka dilanda migrain agar tindakan susulan boleh dilakukan.

SARANAN

Dalam apa jua penyakit, lebih baik ia dicegah sebelum dirawat.

Sehubungan itu, dalam bab migrain, SinarPlus merujuk laman web perubatan, My Health Alberta yang menyenaraikan tujuh langkah berguna untuk menghindarkan kanak-kanak daripada diserang migrain. Berikut inti patinya:

1. Jauhkan anak-anak daripada persekitaran terang dan bising.
-Sekiranya anak anda menerima tanda awal, bertindak segera dengan meminta mereka berehat di dalam ruangan yang tiada sumber cahaya dan kurang gangguan bunyi.

2. Terapi menggunakan pek ais dan urut badan anak-anak.
-Kelebihan pek ais dan urutan dapat melegakan otot tubuh yang tegang dan mengurangkan kesakitan. Ibu bapa digalakkan untuk mengurut pada bahu dan leher anak-anak.

3. Elakkan anak-anak minum kafein.
-Pengambilan minuman yang berkafein akan merangsang berlakunya kesakitan yang lebih teruk. Justeru, mak ayah perlu memastikan anak-anak untuk minum empat ke lapan gelas air kosong setiap hari.

4. Pastikan anak mempunyai rutin tidur yang tetap.


-Apa kata latih anak kalian untuk tidur dan bangun pada waktu sama termasuk pada hujung minggu supaya mereka terbiasa dengan rutin tidur harian itu.
-Pastikan mereka memperoleh waktu tidur yang mencukupi iaitu di antara lapan hingga ke 10 jam setiap malam.

5. Tetapkan waktu makan.
-Corak waktu pemakanan sebenarnya mempengaruhi seseorang itu untuk menghidap migrain. Pastikan anak anda tidak melangkau waktu makan dan cuba untuk makan pada waktu yang sama pada setiap hari.

6. Elak makanan yang boleh mencetuskan berlakunya migrain.
-Sekiranya anda pernah berhadapan dengan situasi sakit kepala berdenyut apabila makan sesuatu makanan seperti kafein, keju, coklat dan alkohol, cuba untuk tidak mengambil makanan itu lagi.

7. Jauhkan anak daripada perokok dan asap rokok.
-Ibu bapa yang bertanggungjawab tidak akan membiarkan anak mereka terdedah dengan asap rokok kerana ia akan mengganggu sistem pernafasan, selain menjadi pencetus berlakunya migrain.

Diharap saranan yang dikongsi dalam dimanfaatkan oleh ibu bapa. Anak-anak yang sedang membesar biasanya akan cuba meneroka pelbagai perkara.

Justeru, ibu bapa seharusnya peka dengan kesihatan anak-anak kerana sakit kepala yang berterusan akan memudaratkan.

Baca juga: Petua berkesan untuk hilangkan migrain

Baca juga: Migrain: Kaum wanita berisiko diserang 3 kali ganda

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Syamira Liana Nor Ashaha

Published by
Syamira Liana Nor Ashaha

Recent Posts

‘Awak lah dalam perut saya, 9 tahun kami tunggu.’ Pelakon Toq kini bergelar ayah, timang anak lelaki

SEMBILAN tahun menanti penuh sabar untuk menimang cahaya mata, pelakom elakon, Toq 40, erkongsi berita…

3 hours ago

Kanser ovari ‘pembunuh senyap’ wanita! Kenali gejala awal, rawatan komprehensif dan sokongan psikososial

KANSER ovari merupakan sejenis kanser yang bermula dalam ovari atau kilang telur wanita dan sering…

9 hours ago

Hujan lebat di Kuala Lumpur, pokok besar tumbang ragut satu nyawa, seorang cedera. 5 info perlu tahu

TIADA ribut, hanya hujan yang turun namun sebatang pokok bersaiz besar berdekatan Jalan Sultan Ismail,…

9 hours ago

Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata ketujuh

PELAKON Ayu Raudhah mendedahkan beliau kini sedang hamil anak ketujuh. Perkara itu dikongsikan oleh kakaknya,…

11 hours ago

‘Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

[DIKEMAS KINI] PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid oleh orang…

13 hours ago

‘Anugerah impian setiap pelakon tapi kualiti lakonan, beri terbaik kepada penonton fokus utama saya.’ – Mimi Lana

  ANUGERAH membawa kepada pencapaian dan pengiktirafan untuk kerja keras yang dilakukan oleh setiap insan…

13 hours ago