BERDASARKAN kajian, sembilan daripada 10 ibu hamil di Malaysia tidak mengambil folat, kalsium dan serat makanan yang mencukupi.

Kekurangan kalsium daripada pengambilan pemakanan tersebut boleh menjadi semakin ‘berat’ apabila hanya 25.6 peratus ibu mengandung mengambil vitamin D yang mencukupi yang diperlukan oleh badan untuk menyerap kalsium.

Selain itu, tidak semua ibu hamil di Malaysia mendapat zat besi yang mencukupi untuk menyokong kehamilan mereka.

Sehubungan itu, Anmum MATERNA, jenama susu untuk ibu hamil (pra-natal) nombor 1 di Malaysia dirumuskan secara saintifik dengan mengandungi nutrien-nutrien penting bagi menyokong keperluan pemakanan wanita hamil di negara ini.

Anmum MATERNA dalam satu kenyataan berkata, nutrien seperti asid folik dan kalsium adalah penting untuk membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin.

Anmum MATERNA turut menggabungkan DHA, MFGM + Gangliosida (GA), Prebiotik, Probiotik bifidobacterium lactis HN019 (DR10TM) dan nutrien penting lain, termasuk folat, kalsium dan zat besi yang memberi manfaat kepada bakal ibu dan janin yang sedang membesar.

Prebiotik dan probiotik yang ditambah pada produk baharu ini turut membantu menyokong sistem pencernaan dan pertahanan badan. Ia juga rendah lemak dan GI serta satu-satunya susu untuk ibu hamil yang tidak mengandungi sebarang gula tambahan. Dua gelas Anmum MATERNA mengandungi tahap folat yang setara dengan 17 biji oren, kalsium daripada empat cawan susu segar dan zink dalam tujuh keping filet salmon,” kata kenyataan berkenaan.

 

KURANGKAN RISIKO

Sementara itu, Pakar Perunding Obstetrik dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr Chuah Bee Poh berkata, pengambilan nutrien yang mencukupi semasa hamil membantu mengurangkan risiko morbiditi ibu, termasuk anemia, kenaikan berat badan kehamilan yang tidak sihat, diabetes mellitus kehamilan (GDM), praeklampsia, kelahiran pramatang termasuk keguguran.

Ujar Dr Bee Poh, terdapat penemuan kajian yang menunjukkan bahawa malnutrisi (kekurangan/berlebihan zat makanan) ketika hamil boleh meningkatkan risiko anak menghidapi penyakit tidak berjangkit pada masa akan datang.

“Salah satu mikronutrien yang penting bagi wanita hamil ialah asid folik. Perkembangan janin menyebabkan peningkatan bilangan sel yang terbahagi berlaku dengan cepat.

Hal ini membawa kepada keperluan folat yang lebih tinggi yang diperlukan untuk perkembangan janin yang sihat. Asid folik penting untuk membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin termasuk tiub saraf. Asid folik juga membantu badan untuk mengurai, mengguna dan membina protein baharu yang merupakan blok binaan bagi sel-sel kita. Ia juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan DNA dan pembentukan sel darah merah,” kata beliau.

Pakar perubatan itu juga menekankan kepentingan bagi bakal ibu agar mengambil kalsium yang mencukupi.

Iklan

Ujarnya, semasa mengandung, badan ibu perlu membekalkan kalsium kepada janin untuk membantu perkembangan struktur penting seperti rangka dan pada masa yang sama memperbaiki dan menambah tulang dan gigi.

“Sekiranya pengambilan kalsium tidak mencukupi, kalsium yang diberikan kepada janin akan diambil daripada tulang dan gigi anda (ibu).

“Justeru, jika mahu tulang dan gigi anda kekal kuat semasa dan selepas kehamilan, anda perlu mencapai pengambilan kalsium yang mencukupi.

“Pengambilan kalsium daripada dua gelas susu segar biasa hanya boleh memenuhi sekitar 50 peratus daripada keperluan ibu hamil setiap hari.

Iklan

“Oleh itu, lebih baik untuk mereka mengambil susu untuk ibu hamil yang telah diperkayakan,” katanya lagi.

Mengenai prebiotik dan probiotik, Pakar Obstetrik & Sakit Puan dan Pengasas Hospital Wanita & Kanak-kanak ANDORRA, Dr Khamsiah Muda berkata, ia juga membantu meningkatkan kesihatan badan, terutamanya untuk pencernaan dan penyerapan nutrien.

Para saintis telah melakukan penyelidikan yang menyeluruh tentang potensinya (prebiotik dan probiotik) untuk membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam usus. Keseimbangan itu dapat membantu kita, termasuk wanita hamil, untuk memiliki persekitaran usus yang baik,” katanya

Anmum MATERNA boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya dan kedai-kedai di seluruh negara serta dijual secara dalam talian di kedai rasmi Anmum MATERNA, Lacta & Essential di Lazada atau Shopee.