TIDAK keterlaluan untuk dikatakan, kebanyakan daripada kita tidak mendapat tidur yang berkualiti, walaupun kita sedar hal itu akan mendatangkan implikasi negatif kepada tubuh badan.

Berdasarkan kajian National Sleep Survey yang dijalankan oleh Nielsen Malaysia (2018), sembilan daripada 10 orang penduduk di negara ini mengalami masalah untuk tidur.

Seorang pengamal perubatan yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat Perubatan Doktor Islam Malaysia, Dr Zubaidi Ahmad turut menulis tentang isu tersebut.

Ujar Dr Zubaidi, masih ramai dalam kalangan masyarakat yang masih tidak sedar bahawa masalah kekurangan tidur akan membawa kepada terjadinya tekanan darah tinggi dan stres.

“Individu yang ada hipertensi akan lebih sukar untuk mereka mengawal penyakit itu dengan baik. Bukan itu sahaja, ia boleh meningkatkan tekanan darah dan memburukkan kesihatan jantung,” katanya menerusi entri dalam Facebooknya.

Justeru, berapa durasi masa untuk mendapatkan tidur yang baik? Dr Zubaidi menyarankan orang ramai untuk lena antara tujuh hingga sembilan jam.

“Tempoh masa itu adalah penting bagi membaik pulih tisu yang rosak dan mengembalikan kesimbangan hormon,” katanya.

Baca juga: Doakan anak waktu tidur, menyusu, Neelofa kongsi doa yang diamalkan

Bagi mereka yang menginginkan waktu tidur malam berkualiti, boleh amalkan tip yang disarankan oleh Mayo Clinic. Berikut inti patinya:

1. Mempunyai jadual tidur yang tepat


– Orang dewasa disyorkan untuk tidur sekurang-kurangnya lapan jam dan jika waktu beradu terganggu, boleh cuba lakukan sesuatu yang santai seperti mendengar lagu atau membaca buku.

2. Perhatikan corak pemakanan yang diamalkan
– Elakkan tidur dengan perut yang lapar dan pastikan tidak mengambil makanan yang berat sebelum tidur.

3. Wujudkan persekitaran yang tenang
– Bagi seseorang yang sukar untuk tidur, cuba wujudkan ruangan bilik yang sejuk, gelap dan sunyi bagi mendapatkan tidur yang nyenyak.

4. Hadkan tidur pada waktu siang

– Mereka yang suka tidur pada waktu siang akan menyebabkan kesukaran untuk tidur pada malam hari. Jika tubuh terlalu penat, pastikan anda tidur tidak lebih dari satu jam.

Iklan

5. Lakukan aktiviti fizikal setiap hari
– Rutin harian seperti bekerja, mengemas rumah atau apa sahaja aktiviti yang mendatangkan rasa penat boleh dijadikan amalan setiap hari.
– Tubuh yang letih dan lesu akan membantu seseorang untuk tidur dengan lena pada waktu malam.

6. Elakkan tidur dengan perasaan bimbang


– Jika anda masih memikirkan tugasan yang perlu dilakukan pada esok hari, boleh catat terlebih dahulu untuk menghilangkan rasa resah.

Justeru, mereka yang mengalami masalah untuk melelapkan mata boleh lihat kembali corak kehidupan seharian yang anda amalkan.

Jika ada yang perlu diubah, sila lakukan dengan segera dan jangan suka bertangguh.

Seperkara, seandainya anda mempunyai penyakit darah tinggi, pastikan jaga pemakanan termasuk mendapatkan tidur yang mencukupi supaya kesihatan tidak semakin memburuk.

Iklan

Baca juga: Mengapa anak mudah tidur bila di dalam kenderaan? Berikut 5 fakta yang semua orang kena tahu

Baca juga: Sebelum pulang ke kampung, pastikan tidur kena cukup, elak microsleep. Sesaat terlelap boleh bawa padah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.