APABILA berbicara soal kolesterol (asid lemak tepu), ia sering dikaitkan dengan mereka yang bertubuh gempal.

Persepsi sedemikian perlu diperbetulkan semula kerana perkara itu boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang tidak mengamalkan diet pemakanan sihat.

Masalah kolesterol tinggi tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh mengakibatkan seseorang itu menghidap penyakit jantung.

Perkara tersebut turut diakui oleh laman perubatan Medical News Today, asid lemak tepu yang tinggi sememangnya bahaya untuk kesihatan, namun jika pengambilannya betul, ia sebenarnya baik untuk tubuh.

Kredit foto: Ron Lach

Pun demikian, jika seseorang itu tidak mengawal pemakanan, ia akan membawa kepada penggumpalan lemak dan plak di dalam arteri.

Sejurus masalah itu terjadi, ia secara tidak langsung telah mengganggu peredaran darah ke seluruh tubuh badan yang mana boleh memicu kepada serangan jantung.

Baca juga: Terlebih makan ketika Aidilfitri, ini 12 makanan bantu kurangkan kolesterol jahat dalam badan

Dalam pada itu, SinarPlus merujuk perkongsian Pakar Jantung dan Perubatan Kedah Medical Centre dan Klinik Pakar Jantung Dr Rahim, Dr Mohamad Anuar Mohamad, tentang tanda-tanda seseorang itu ada kolesterol tinggi.

Beritahu Dr Mohamad Anuar, simptom boleh dilihat dengan adanya tompok kuning pada mata, kebas kaki dan tangan, mudah letih, sakit kaki dan kepala.

Kredit foto: Dana Tentis

“Jika seseorang berhadapan dengan masalah kesihatan tinggi kolesterol, mereka perlu mengurangkan makanan bergoreng seperti mi goreng, pisang goreng dan kerepek.

“Bukan itu sahaja, makanan segera juga tidak digalakkan dan diikuti dengan hidangan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang,” jelasnya.

Tambah Dr Mohamad Anuar, bagi mereka yang suka makan kulit ayam dan organ dalaman haiwan, makanan manis seperti buah-buahan dalam tin dan coklat perlu kurangkan pengambilan kerana ia tinggi dengan asid lemak tepu.

Pun demikian, Medical News Today turut menerangkan 11 jenis makanan yang boleh menurunkan paras kolesterol, ini yang orang ramai boleh amalkan:

Iklan
Kredit foto: Ella Olsson

i) Oat
ii) Barli dan bijirin penuh
iii) Kekacang
iv) Sayur terung dan kacang bendi
v) Minyak sayuran seperti canola dan bunga matahari
vi) Buah-buahan seperti epal, anggur, strawberi dan sitrus
vii) Makanan yang berasaskan soya
viii) Ikan salmon, tuna dan sardin
xi) Makanan yang kaya dengan serat

Pada akhir kesempatan ini, SinarPlus ingin mengingatkan kepada orang ramai jangan ambil mudah dengan tahap kolesterol kerana ia berkait rapat dengan organ utama badan. Kegagalan ia berfungsi boleh membinasakan diri.

Kepada mereka yang bertubuh kurus, jangan anggap diri kalian tidak berisiko untuk ada kolesterol kerana bentuk badan bukanlah petanda sihat sebaliknya perlu lebih berjaga-jaga.

Baca juga: Darah tinggi ketika kehamilan boleh menyebabkan sawan, ini pentingnya ubat cair darah

Iklan

Baca juga: Ketahui 3 minuman yang mampu ‘meroket’ kadar kolesterol dalam badan

Kredit foto utama: Tim Samuel 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan