Makanan yang dijual di sekolah punca anak-anak hidap kencing manis? Ini kata pakar

KENCING manis atau diabetes merupakan satu penyakit umum yang kerap terjadi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kalau ikutkan, peratusan kadar kemasukan pesakit ke hospital disebabkan oleh diabetes semakin meningkat.

Perkembangan itu bukan sahaja di Malaysia, malah di negara-negara luar pun sama.

Di Amerika Syarikat misalnya, berdasarkan data yang dikongsikan oleh National Diabetes Statistics Report, dianggarkan sebanyak 37.3 juta penduduk di AS ada kencing manis.

Kredit foto: Yan Krukau

Lebih mengejutkan, kira-kira 96 juta orang berumur 18 tahun ke atas sudah menghidap pradiabetes.

Center for Disease Control and Prevention (CDC) juga merekodkan peningkatan data pesakit kencing manis (jenis 1 dan 2) dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.

Baca juga: Diabetes ragut 3 nyawa setiap minit di seluruh dunia, ini fakta yang wajib semua ambil tahu

Menurut CDC, dari tahun 2002 hingga 2015, statistik melibatkan remaja berusia 20 tahun ke atas mencatatkan peningkatan dengan pertambahan nilai peratusan sebanyak 4.8 peratus (diabetes jenis 2), manakala 1.9 peratus (diabetes jenis 1) setiap tahun.

Perangkaan itu sekali gus menunjukkan diabetes dalam kalangan anak muda dan kanak-kanak amat membimbangkan.

Kredit foto: Pavel Danilyuk

Justeru, selain ibu bapa, individu yang paling hampir dengan anak-anak seperti guru, seharusnya memberi penerangan tentang makanan yang elok atau tidak okey dimakan.

Permasalahan tersebut turut menarik perhatian Pengarah Poliklinik Damai, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor, Dr Manivannan yang memberi komentar mengenai situasi diabetes dalam kalangan kanak-kanak.

Menerusi laman sosial TikTok miliknya, Dr Manivannan berkata, kencing manis sebenarnya bermula dari sekolah.

Beritahu pakar itu, banyak punca yang menyebabkan seseorang menghidap kencing manis.

Kredit foto: Nataliya Vaitkevich

Namun, ujar beliau, kebanyakan masalah kencing manis berpunca daripada pemakanan di rumah dan sekolah.

“Setelah saya lakukan carian di internet dan juga melakukan pemerhatian di beberapa buah sekolah, kebanyakan makanan yang dijual tidak berkhasiat. Semuanya mengandungi tinggi karbohidrat dan gula.

“Makanan yang saya nampak ada dijual adalah nuget, sosej, makan sejuk beku, kentang goreng, keropok dan sebagainya. Kesemua makanan itu ada dijual tetapi apa khasiat untuk kanak-kanak?,” soalnya.

Kredit foto: Utopix Pictures Pictures

Minuman yang dijual juga tidak mendatangkan kebaikan dan tidak memiliki nutrien penting.

“Apabila mereka dewasa, ia boleh memicu kepada masalah kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung,” ujarnya.

Bagi mak ayah yang ada anak-anak bersekolah, adalah lebih baik kalau menyediakan bekal makanan untuk mereka.

Tak tahu apa nak sediakan, SinarPlus cadangkan beberapa idea menarik. Antaranya:

1. Yogurt

Kredit foto: Nicola Barts

– Sesuai diambil sewaktu sarapan atau dijadikan snek, namun mak ayah perlu melihat kepada kandungan gula terlebih dahulu.
– Yogurt juga membekalkan probiotik dan bakteria baik yang boleh mengekalkan usus yang sihat.

Iklan

2. Kacang
– Kacang merupakan makanan yang kaya dengan nutrisi. Ia banyak mengandungi fiber dan protein. Penyediaan makanan yang berasaskan kacang juga tidak mengambil masa yang begitu lama.

3. Telur
– Satu telur yang bersaiz besar mengandungi 6 gram protein dan vitamin D, B12 dan zat besi.
– Bukan itu sahaja, sesetengah telur juga kaya dengan asid lemak omega-3 yang boleh membantu perkembangan otak kanak-kanak.

4. Avokado

Kredit foto: Any Lane

– Avokado merupakan sejenis sayur yang mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. Ia mengandungi lemak monotaktepu yang boleh mengurangkan keradangan dan mengekalkan tahap kolesterol yang sihat.
– Avokado juga membuatkan lemak bergerak melalui salur penghadaman dengan perlahan dan ia membuatkan kanak-kanak kenyang dengan lebih lama.

5. Ubi keledek
– Ubi keledek kaya dengan vitamin A (lebih 250 peratus nilai harian untuk orang dewasa), serat dan kalium.
-Memasukkan diet itu di dalam makanan seharian dapat meningkatkan kalium yang berfungsi untuk mengekalkan tekanan darah dan jantung sihat.

Sebenarnya banyak lagi makanan sihat yang boleh kalian beri kepada anak-anak.

Iklan

Sebaik-baiknya jangan biarkan mereka makan makanan segera yang dijual di kantin sekolah.

Bukan nak larang tapi, demi kebaikan si kecil.

Baca juga: Jantung bengkak boleh sebabkan kegagalan jantung. Pesakit diabetes, hipertensi antara yang kena waspada

Baca juga: Mudah saja nak masak makanan sihat. Berikut 5 cara kreatif masak pasta organik guna Alce Nero

Kredit foto utama: Anastasia Shuraeva

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi